7 Menu Diet Turunkan Berat Badan 7 Hari

aynora nur | 31 August, 2014,9:20 PM |
Advertisement
7 Menu Diet Turunkan Berat Badan 7 Hari - Anda ada impian nak turunkan berat badan dalam tempoh 7 hari sahaja? Apa pendapat anda? Adakah ia mustahil? Jika tidak, bagaimanakah caranya?

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan dalam masa singkat tetapi tidak memudaratkan. Antaranya kurangkan makan nasi iaitu makanan rutin yang mengandungi kandungan kaborhidrat yang tinggi.

Buah Oren (grapefruit) ini dipercayai menjadi agen pembakar lemak yang paling efisien dan cepat.


Selain daripada itu, elakkan makanan berminyak di dalam menu harian kita. Insyaa Allah, berat badan akan turun perlahan-lahan. Lebihkan hidangan yang dimasak dengan cara memanggang, merebus dan dikukus.

Namun begitu, ada lagi sejenis diet yang dipanggil Diet Crash. Istilah diet crash adalah diet yang dilakukan secara cepat demi menurunkan berat badan dengan cepat pula dalam masa seminggu atau 7 hari sahaja.

Diet ini sesuai dilakukan bagi mereka yang tidak sabar dengan proses diet yang memakan masa yang lama.

7 Menu Diet Turunkan Berat Badan 7 Hari 


Ikutilah jadual 7 menu diet turunkan berat badan 7 hari seperti di bawah ini.

Hari pertama: sup
Mulailah program diet crash dengan makan sup di hari pertama. Menu sup ini akan menjadi menu makanan anda selama seharian. Sup ini boleh juga daripada sup sayur atau sup daging atau ayam. Namun pastikan bahwa sup sayuran anda mengandungi daging dengan sedikit lemak.

Hari kedua: kobis
Kobis adalah salah satu sayuran terbaik yang membantu dalam penurunan berat badan. Sayuran ini bermanfaat untuk membuang toksin berlebihan dan juga tinggi serat. Anda boleh memasak kobis samada dimasak bercampur sedikit udang atau sekadar direbus sahaja. Yang penting pada hari kedua menu diet anda adalah kobis sahaja.

Hari ketiga: jus buah oren (grapefruit)
Di hari ketiga, program ini mengkhususkan pada pembakaran lemak. Salah satu caranya adalah dengan meminum jus grapefruit (buah oren) dan memakan buahnya sepanjang hari. Buah Oren Sunkist ini mengandungi enzim pembakar lemak yang membantu untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Hari keempat: jus buah
Buah-buahan adalah cara terbaik untuk menurunkan beberapa kilogram berat badan. Oleh kerana itu di hari keempat ini perbanyakkanlah mengambil jus buah-buahan terutama yang mengandungi kadar air yang cukup tinggi. Air akan membuat perut anda penuh sehingga anda pun tidak akan mudah terasa lapar. Contohnya buah limau, tembikai dan timun.

Hari kelima: sayur
Selain buah, memperbanyak memakan sayur juga dapat menjadi cara yang efektif untuk menurunkan berat badan. Selain itu keperluan vitamin dan mineral anda dapat dipenuhi dengan memperbanyakkan makan sayur.

Hari keenam: perbanyakkan minum air
Di hari keenam, racun yang ada di dalam tubuh anda perlu untuk dikeluarkan. Air adalah medium yang baik untuk mengeluarkan racun yang ada di dalam tubuh. Selain itu air suam juga baik untuk membakar timbunan lemak.

Hari ketujuh: makan apa saja dengan jumlah yang sedikit.
Di hari terakhir dari program diet anda ini, anda bebas untuk mengambil makanan yang anda sukai. Namun makanlah dengan jumlah yang sedikit.

Itulah program diet crash yang dilakukan dalam 7 hari. Program ini bermanfaat untuk menurunkan beberapa kilogram dari berat badan asal anda. Namun anda dikehendaki melakukan diet ini secara konsisten.

Tetapi jangan lupa untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan bagi mengelakkan timbul masalah lain dimasa depan.

Selamat mencuba!
Tag : Tips Sihat
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "7 Menu Diet Turunkan Berat Badan 7 Hari"

wow.. lagi cepat turun eh.. nice entry.. :)

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top