Roti Canai Yang Lembut Dan Sedap Pilihan Terbaik

aynora nur | 05 March, 2015,4:26 PM |
Advertisement
Roti Canai Yang Lembut Dan Sedap Pilihan Terbaik. Ada sesetengah tempat menjual roti canai segera dengan harga RM4.80 dalam jumlah 10 keping. Ada pula pengusaha roti canai segera yang mengenakan harga RM5.40 untuk jumlah yang sama banyak. Agak-agak anda, mengapa mereka menjual roti canai segera dengan harga yang berbeza-beza? Mungkinkah rasa roti canai segera mereka lebih sedap berbanding roti canai segera yang lebih murah? Itu kita kena cari jawapannya sendiri...hihi


Roti Canai Makanan Popular


Roti canai memang menu sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Jika kita ambil kesempatan untuk memenuhi kehendak seluruh rakyat Malaysia yang suka makan roti canai, kita buat bisnes roti canai segera...rasa-rasanya cukup enam bulan kita boleh sudah bergelar hartawan! Haha! Jangan gelak, ok..

Ebook Buat Roti Canai Sendiri


Contohnya,

Murtabak Saiz Sederhana
Harga Jualan: RM3.00
Kos: RM1.00
Untung Kasar: RM2.00

Dengan hanya menjual 100 keping sehari sahaja, anda boleh untung RM200 setiap hari. Jika anda berniaga 5 hari seminggu, jumlah keuntungan RM4,000 sebulan. Wow, RM 4 ribu tu. Dan selepas ditolak kos operasi, duit minyak dan sebagainya, anda boleh untung bersih dalam RM3 ribu sebulan.

Saya selalu membeli roti canai segera untuk digunakan pada waktu kecemasan! Maksudnya, di dalam peti sejuk saya sentiasa ada stok roti canai segera dan digunakan bila diperlukan. 

Nak buat roti canai mudah aje...

Asas membuat roti canai amatlah mudah. Cuma perlukan tepung, air dan garam. Jika nak berlemak sikit letak telur. Nak manis sikit, masukkan susu pekat manis. Sooo...apa lagi? Jom kita buat roti canai sendiri.

Roti Canai Dan Martabak Memang Popular


Ya inilah makanan yang paling disukai ramai pada waktu pagi, petang dan malam. Yang paling diminati tidak mengira kaum, bangsa, usia atau jantina. Ia merupakan makanan FAVORITE rakyat Malaysia. Tidak hairanlah dimana-mana kedai makan dan pasar malam pasti ada menjualnya.

Ini menunjukkan permintaan roti canai dan martabak cukup tinggi. Inilah bisnes yang paling menguntungkan dan stabil. Ia juga boleh dilakukan secara part time melalui bisnes roti canai segera.

Mengapa Kita Kena Belajar Buat Roti Canai Sendiri?

  1. Dengan membuat sendiri roti canai yang lembut dan enak untuk keluarga tercinta. Tentu lebih bersih, suci dan menyihatkan jika dibuat sendiri.
  2. Bagi ibu bapa yang ingin menyediakan sarapan pagi berkhasiat untuk anak-anak. Roti canai segera yang belum dimasak boleh disimpan di dalam peti sejuk dan tahan lebih seminggu. 
  3. Mereka yang berminat memulakan perniagaan roti canai boleh beli dan tengok caranya dari ebook buat roti canai. Modal perniagaan roti canai amatlah rendah. Peralatannya telah sedia ada dirumah anda. Anda boleh terus memulakan perniagaan ini.
  4. Mereka yang berminat bekerja sebagai penebar roti canai. Gaji penebar roti canai juga lumayan. Satu ilmu yang cukup berharga.
  5. Suri rumah atau pekerja yang ingin menambahkan pendapatan sampingan melalui jualan roti canai segera. Anda boleh buat pada waktu malam dan letakkan di gerai berhampiran.
  6. Pelajar yang ingin mencari wang tambahan dengan menjual roti canai. Ia bukan sahaja mengurangkan beban kewangan anda malah menjana pendapatan sampingan yang lumayan. 

Video Cara Buat Roti Canai Sendiri





Jenis-jenis Roti Canai

Kat Malaysia ada banyak jenis roti canai. Ada setengah orang panggil roti prata. Roti prata selalu orang guna pakai kat kedai mamak. Iya ke? Jom cuci mata dengan perut yang lapar bila nengok gambar-gambar di bawah...


1. Roti Canai Kosong


Roti Canai Kosong 


2. Roti Canai Segi Empat


Roti Canai Empat Segi 


3. Roti Canai Maggi 


Roti Canai Maggi 


4. Roti Canai Segera


Roti Canai Segera 


5. Roti Canai Mentah


Roti Canai Mentah


Kalau tak nak jual pun, kita boleh guna kepandaian berkat tengok video dan belajar dari ebook buat roti canai sendiri tersebut untuk khidmat extra kita kepada keluarga tersayang. Paling bangga bila kita boleh makan roti canai buatan tangan sendiri. 

Nak tanya ni...anda pandai buat roti canai sendiri? Saya yang menulis artikel kat atas tu, memanglah pandai...

Jom share dan sebarkan bahagia...
Sebarkan Bahagia:
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Roti Canai Yang Lembut Dan Sedap Pilihan Terbaik"

Saya buat roti canai tak pernah berapa nak jadi,susah betul nak tebar x nak kasi koyak

http://senanglukis.blogspot.com/

Kalau tak nak roti canai koyak...lebih kan letak minyak masak semasa menguli adunan semasa proses mencanai tu. Roti canai terkoyak sebab adunan ketika mencanai terlalu kering. Selamat mencuba..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top