Tempahan Qurban Dan Aqiqah Online Dari eQurban

Tempahan qurban dan aqiqah online. Bulan Haji ramai yang membuat ibadah qurban. Sebelum melaksanakan ibadah qurban, kita boleh menempah awal binatang qurban yang dikehendaki secara online. Perkhidmatan tempahan qurban dan akikah kini lebih mudah kerana boleh dibuat atas talian atau online.




Jadi, bagaimana caranya untuk menempah qurban atau akikah secara online? Baca seterusnya di bawah untuk mengetahui bagaimana untuk mendaftar dan membuat tempahan Qurban secara online.


Tempahan Qurban Dan Aqiqah Online Dari eQurban


eQurban.com menyediakan kemudahan untuk anda membuat tempahan korban lembu atau kambing melalui sistem online mereka. Kemudahan daftar Qurban untuk tahun 2015 telahpun dibuka. Mudah sahaja caranya.

Anda hanya perlu pergi ke pautan berikut, 


Tempahan Qurban Dan Aqiqah Online Dari eQurban


dan ikuti cara-cara dan langkah-langkah yang disediakan. Borang menempah Qurban juga disediakan dalam bentuk fail pdf bagi mereka yang mahu mencetak borang tersebut.  

Harga bahagian daging lembu dan kambing adalah seperti berikut:

Harga untuk setiap bahagian lembu bagi tahun 2015 adalah RM295 satu bahagian, manakala harga untuk seekor kambing qurban adalah RM550.

Di eQurban, kita juga boleh melakukan urusan ibadah aqiqah dan wakaf secara online. Anda janganlah risau, segala urusan dilakukan secara transparent, telus dan yang penting keikhlasan kita sendiri dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim kepada muslim yang lain.

Semoga sedikit penerangan di atas membantu mereka di luar sana yang tidak mempunyai masa untuk mencari binatang qurban atau tidak tahu cara untuk membuat tempahan qurban secara online. Lagi satu, kelebihan menempah Qurban secara online adalah sedekah qurban kita akan diserahkan kepada golongan yang lebih layak untuk menerimanya.

Baca selanjutnya tentang Ibadah Qurban & Aqiqah:

1. Hukum, Kelebihan Dan Soal Jawab Tentang Ibadah Qurban Serta Aqiqah


Sebarkan bahagia. Semoga bermanfaat.  
Sebarkan Bahagia:

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.