Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Secara Online

aynora nur | 21 January, 2016,12:46 PM |
Advertisement
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Secara Online telahpun dibuka kepada orangramai yang memiliki pendapatan kasar isi rumah maksimum RM3,000. Sebelum ini kelayakan permohonan RMR1M adalah RM1,500 dan ke bawah sahaja. Program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia dilancarkan oleh SPNB.

Untuk memudahkan proses permohonan online RMR1M, download dahulu dan print manual pengguna di bawah ini.

http://rmr.spnbonline.com.my/USER_MANUALFull.pdf





Untuk info, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) yang bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.

Program RMR1M ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Secara Online


Pendapatan kasar seisi rumah yang dimaksudkan ialah pendapatan kasar pemohon dan pendapatan kasar pasangan pemohon. Manakala, pendapatan kasar pula bermaksud gaji pokok dan elaun-elaun tetap (jika ada) bagi pemohon yang mempunyai pendapatan tetap dan jumlah pendapatan yang disahkan bagi
pemohon yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

KONSEP PROGRAM

Rumah sesebuah:
  1.  3 Bilik tidur, 2 bilik air. Keluasan 1,000kps 
  2.  2+1 Bilik tidur, 2 bilik air. Keluasan 850kps 
  3.  2 Bilik tidur, 2 bilik air. Keluasan 700kps 
Contoh Rumah yang akan dibina

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

1. Warganegara Malaysia. 
2. Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun. 
3. Pendapatan kasar seisi rumah RM750 - RM 3000.00 sebulan. 
4. Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah usang / tidak sempurna. 
5. Tapak berkeluasan minimum 3,700 kps. 
6. Tertakluk kepada kelulusan bank. 

SYARAT – SYARAT TAMBAHAN RMR1M

1. Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Tanah juga mestilah mempunyai hakmilik (geran) asal dan mendapat kebenaran kesemua tuan tanah untuk gadaian dan pembinaan RMR.

2. Pemohon dan / atau tuan tanah menandatangani dokumen yang bersangkutan dengan gadaian ke atas tanah yang dikemukakan untuk menjamin pembayaran balik kemudahan pembiayaan.

3. Pemohon dikehendaki menyediakan tapak cadangan selepas diluluskan dan membuat penyambungan utiliti setelah rumah disiapkan.

4. Harga Rumah sahaja tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia.

5. Membenarkan SPNB membina rumah di tapak.


Untuk membuat panduan permohonan RMR1M secara online boleh klik pada pautan ini dan boleh terus ke website SPNB untuk mengisi borang permohonan secara online:





Untuk sebarang pertanyaan, kemusykilan atau apa sahaja persoalan mengenai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), anda boleh hubungi talian berikut:

Hotline SPNB: 1300 80 3838
Tel: 603 – 26185555 


Untuk Perhatian 
Setiap borang RMR1M yang dicetak mempunyai nombor siri unik yang dijana secara otomatik oleh sistem. Setiap wakil rakyat juga mempunyai bilangan kuota yang ditetapkan untuk cetakan Borang ini. Oleh itu, pengguna sistem dinasihatkan untuk berhati-hati semasa mencetak borang bagi mengelakkan pembaziran kuota.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
11 Komen untuk "Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Secara Online "

Teringin juga nak mohn, tapi x teliti lagi syarat2...sbb tkut x lepas aje

kalau syarat gaji dah besar lebih RM3,000, memang tak layak..hihi

Dah dapatkan tanda tangan dan persetujusn tuan tanah tp still x lulus.bank kate nk nama pemohon plk mesti ade dlm geran.new prosuder 2014...betul ke?

Memang yang latest kena ada nama pemohon dalam geran tanah. My friend pun face the same problem. Mungkin banyak penipuan kut..

Alah....rugilah tak ada tanah sendiri.

Terima kasih maklumat tersebut....

Ya..& mesti atas nama kita juga. Kalau joint adik beradik, buat pecah geran dahulu. utk mengelakkan timbul masalah kemudian hari

MEMANG LAIN; READ MORE AT: http://www.aynorablogs.com/2013/04/siapakah-yang-layak-memohon-pr1ma.html?m=0#sthash.yJVeuvji.dpbs

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top