Resepi Kuih Buah Melaka Keledek

aynora nur | 28 February, 2016,2:49 PM |
Advertisement
Resepi Kuih Buah Melaka Keledek. Buah melaka adalah sejenis kuih yang mudah membuatnya dengan tepung pulut dan di inti di dalamnya menggunakan manisan seperti gula melaka yang dipotong dadu. Ia kuih yang bersifat manis.

Selain diperbuat daripada tepung pulut, ada juga kuih buah melaka yang menggunakan keledek sebagai bahan utamanya untuk menggantikan tepung pulut.

Jadi, kali ini saya kongsikan cara membuat kuih buah melaka menggunakan keledek pula. Apa rasanya?

Resepi Kuih Buah Melaka Keledek
Resepi Kuih Buah Melaka Keledek

Resepi Kuih Buah Melaka Keledek


Bahan-bahan:

Beberapa ketul keledek
1 cawan tepung gandum
1/2 keping gula melaka yang dipotong dadu
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa
Air (untuk merebus keledek)

Cara menyediakan kuih buah melaka keledek


1. Kupas kulit ubi keledek dan belah dua

2. Masukkan ke dalam periuk diikuti dengan air dan garam

3. Panaskan periuk dan tutup dan biarkan ubi keledek empuk

4. Apabila lembut, tumbuk keledek satu persatu hingga lumat dan masukkan ke dalam mangkuk.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul dengan keledek hingga menjadi doh

6. Bentukkan doh hingga menjadi bulat kecil dan leperkan.

7. Masukkan manisan (gula melaka) di tengah dan rapatkan ke tepi. Cantumkan menjadi bulat.

8. Masukkan kuih ke dalam air mendidih dan biar masak.

9. Sementara itu gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam hingga sebati.

10. Kuih akan terapung apabila masak dan boleh diangkat. Tos airnya dan letakkan pada kelapa parut. Golekkan hingga kuih buah melaka keledek diliputi kelapa parut.

Selamat mencuba Resepi Kuih Buah Melaka Keledek yang dikongsikan di atas. Untuk warna oren, gunakan keledek yang isinya warna oren.

#sebarkan dan kongsikan resepi jika suka..:))
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Resepi Kuih Buah Melaka Keledek"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top