Resepi Wajik Yang Mudah

aynora nur | 04 March, 2016,9:35 PM |
Advertisement
Resepi Wajik Yang Mudah. Kuih wajik adalah makanan pemanis mulut dan kebiasaannya ia dihidangkan ketika majlis perkahwinan dan pada hari raya. Kuih wajik dimasak bermusim kerana ia kurang sesuai dimakan pada hari-hari biasa kerana rasanya yang manis dan diperbuat daripada beras pulut.

Ada sesetengah orang menyediakan kuih wajik dengan agak kering dan ada sesetengahnya menyediakan dalam keadaan lembap dan lembut. Saya suka makan kuih wajik yang disediakan oleh arwah nenek kerana teksturnya yang lembut, beras pulutnya dimasak rata dan kurang manis.

Resepi Wajik Yang Mudah

Namun begitu secara kebiasaannya kuih wajik dibuat dengan rasa yang manis supaya tahan lama dan tidak berkulat. Entah benar atau tidak, saya pun tak pasti. He he...

Resepi Wajik Yang Mudah


Bahan-bahan:

1 kg beras pulut
2 1/2 biji kelapa
600 gm gula pasir
4 keping gula enau
2 helai daun pandan - jika suka

Cara-cara menyediakan kuih wajik paling Mudah


1. Rendam beras pulut semalaman

2. Kemudian, kukus beras pulut tersebut. Perahkan kelapa dan ambil santannya 2 kali.

3. Masak santan sehingga tinggal separuh dan masukkan gula.

4. Masak sampai pekat dan perlahankan api.

5. Masukkan pulut dan kacau hingga kering.

6. Masukkan dalam beaks dan biarkan sejuk sebelum dimakan.

Resepi Wajik Yang Mudah

Selamat mencuba resepi mudah kuih wajik, salah satu kuih tradisional yang semakin kurang dihidangkan kerana rasanya yang agak manis.

#sebarkan resepi..
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Resepi Wajik Yang Mudah"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top