Header Ads

Resepi Nasi Ayam Madu Pilihanku

Resepi Nasi Ayam Madu Pilihanku | Belek punya belek maka saya pilih resepi terliur dan galmour ni iaitu nasi ayam madu. Asasnya sama macam buat nasi ayam cuma gunakan ayam yang dipanggang dengan madu. Unik tak nama dia, jangan marah pulak kita bagi terkenal nasi ayam madu ni...(opss! tapi bukan madu yang buat..)

Ada berlambak resepi Nasi ayam madu yang boleh di Google, ada versi Encik Mat Gebu, versi azlita masam manis pun ada, dan tak ketinggalan resepi sedap di blog Azie Kitchen. Tapi, setelah saya cuba dan belek, yang agak lengkap juga adalah dari blog Resepi Bonda.

Resepi Nasi Ayam Madu Pilihanku
Nasi Ayam Madu Pilihanku 

Resepi Nasi Ayam Madu adalah ayam yang digoreng dengan bahan perap seperti kicap pekat, sos tiram, halia yang ditumbuk halus, bawang putih dengan kicap cair. Mana madunya? Madu tu untuk sapuan bila ayam telah digoreng dan di angkat. Sapukan sikit madu pada ayam untuk nampakkan ayam tu berkilat.

Resepi Nasi Ayam Madu Pilihanku

Oleh : Resepi Bonda

Bahan-Bahan:

A) Bahan Untuk Ayam (direbus)

1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan Untuk Ayam (diperap)

1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Resepi Nasi Ayam Madu Pilihanku
Ayam goreng madu berkilat

B) Bahan Untuk Nasi 

3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

C) Bahan Untuk Sos

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

D) Bahan Untuk Sup

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

E) Bahan Untuk Kuah Kicap


Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Menyediakan Nasi Ayam Madu Pilihanku


Resepi Nasi Ayam Madu Pilihanku
Nasi Ayam Madu Pilihanku dari Resepi Bonda
Untuk Ayam

1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yang diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam).
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Memasak Nasi

1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis (*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
5. Masak nasi seperti biasa.

Memasak Sup

1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Memasak Sos

1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Kuah Kicap

1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.
2. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips: Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Selamat mencuba resepi nasi ayam madu yang gerenti sedap ni, saya dah mencubanya dan akan buat lagi sebab ayam goreng madunya...hihi, bahan perapan tu kalau ada yang terkurang pun masih ok. Yang penting cuba...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.