Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kek Pisang Kukus Mudah Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Kukus Mudah Sukatan Cawan. Semestinya kek sukatan cawan paling dicari dari laman google. Contohnya, entri koleksi kek kukus sukatan cawan aynorablogs jadi carian paling tinggi sepanjang masa. Lagipun bagi pasangan muda yang baru berkahwin, mereka lebih suka buat kek yang simple je..

Kek pisang kukus sukatan cawan yang admin kongsikan ni pun trending di mana-mana. Kat FB pun ramai yang share. Admin pun ikut share, kemudian terfikir tulis kat blog biar lebih ramai orang boleh buat kek pisang sukatan cawan ni.

Resepi Kek Pisang Kukus Mudah Sukatan Cawan

Pisang apa yang boleh buat kek pisang ni? Pisang apa yang lebih sedap dan lembut teksturnya bila dibuat kek? Sebenarnya semua jenis pisang yang sudah masak boleh dibuat kek pisang. Contohnya pisang rastali, pisang masak 40 hari, pisang berangan dan banyak lagi.

Resepi Kek Pisang Kukus Mudah Sukatan Cawan 

by : zlaila hashim

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil sodium bikarbonat
1sudu kecil baking powder
1 cawan pisang dilenyek (anggaran 4 biji pisang berangan)
1 cawan minyak
1 biji telur
1 cawan gula halus
Sedikit esen pisang - jika suka

Cara Menyediakan Kek Pisang Kukus Mudah Sukatan Cawan 


1. Kisar/blend telur dan gula sampai kembang.
2. Masukkan minyak dengan pisang.
3. Masukkan tepung
4. Gaul sehingga sebati
5. Kukus selama 45minit..
6. Dah siap, boleh dihidangkan dengan kopi dan nescafe panas..

Kongsikan resepi kek pisang kukus sukatan cawan di atas dengan kawan-kawan, adik beradik dan sesiapa saja. Nak buatnya mudah aje dan bahan-bahannya pun murah.


Jika anda lebih rajin, boleh juga kukus kek pisang Nda dalam cup kecil yang mudah untuk dimakan bila kek pisang telah masak. Tak perlu potong lagi, sebab saiz ukuran cup cake dah cukup comel untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Cari aneka resepi masakan.. ?? Klik pada banner di bawah..

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close