Surga Yang Tak Dirindukan 2 Sebuah Kisah Konflik Hati Wanita

Surga Yang Tak Dirindukan 2 Sebuah Kisah Konflik Hati Wanita. Baru petang tadi admin menonton sebuah filem Indonesia di saluran 104 Astro. Sebab apa tetiba tengok filem Indon yek? Sebab ada sekuel filem tersebut yang dengarnya bakal box office sebab filem Surga yang tak dirindukan yang pertama sangat berjaya di pawagam Indonesia.

Filem ini diadaptasi dari novel popular di Indonesia, sama seperti yang pernah dibuat dalam Ayat Ayat Cinta 1 & 2 dahulu. Novel Surga Yang Tak Dirindukan mengangkat tema tentang poligami. Yang admin suka, dengan membaca buku ini, kita diberikan konflik yang berbeza yang mungkin saja dihadapi oleh pasangan suami isteri. Bahawa ada banyak alasan yang membuat seorang laki-laki memilih untuk berpoligami, termasuk dengan niat membantu. Meskipun, terdapat pernyataan di dalam novel ini kalau alasan laki-laki berpoligami kerana ia jatuh cinta dengan perempuan itu. [Goodreads]

Surga Yang Tak Dirindukan 2 Sebuah Kisah Hati Wanita

Seperti kita tahu, filem Surga Yang Tak Dirindukan pertama berjaya menjadi filem terlaris tahun 2015 dengan memperoleh jumlah penonton sebanyak 1.5 juta orang. Dalam filem tersebut, adegan terakhir terlihat Meirose yang dilakonkan oleh Raline Shah meninggalkan Pras dan Arini, dan membuat mereka kalut mencarinya.

Sinopsis Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2


Untuk anda yang tidak tahu, SYTD adalah filem adaptasi dari novel terkenal Indonesia yang ditulis oleh Asma Nadia.

"Jika cinta bisa membuat seorang perempuan setia pada satu lelaki, kenapa cinta tidak cukup membuat lelaki bertahan dengan satu perempuan?"

Apa ertinya rumah yang selama ini kerap dianggap sebagai surga, jika tak lagi menjadi pelabuhan yang ramah dan tak lagi dirindukan oleh pemiliknya?

Begitulah suasana yang ditampilkan dalam novel ini. Isu poligami yang diangkat dari sisi agama dan budaya di Indonesia. Memotret tiap rasa dari semua sisi: sisi suami, sisi "korban"--dalam hal ini isteri pertama-dan sisi perempuan pemilik istana kedua.

Meirose (Raline Shah) datang kembali ke rumah Pras (Fedi Nuril) dan Arini (Laudya Cynthia Bella). Kedatangannya bermaksud untuk mengambil Akbar, puteranya yang selama ini dijaga oleh pasangan suami isteri tersebut. Namun kali ini Arini memujuk dan meminta Meirose untuk kembali kepada Pras.

Meirose pun dalam kebimbangan. Ia kini ragu dengan pilihan hidupnya antara menjalani masa depan yang ia sendiri tak tahu seperti apa jadinya, atau kembali pada Pras namun tak sampai hati merusak kebahagiaan Arini. Meirose makin bingung saat Pras, pria yang masih dicintainya muncul di depannya.

Mengapa Arini berkeras memujuk Meirose untuk kembali pada Pras? Apa yang dilakukan Pras, apakah ia akan menerima Meirose, sedangkan ia masih ragu dengan kemampuannya sebagai manusia biasa untuk berlaku adil pada 2 isteri. Siapa pula doktor Syarief (Reza Rahadian) yang tiba-tiba muncul di kehidupan mereka?



Surga Yang Tak Diinginkan 2 akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 16 Februari 2017.

Antara pelakon yang membintangi filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 adalah Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian dan ramai lagi.

Melalui teaser yang disiarkan oleh Astro, admin lihat filem SYTD ini agak menarik dan sedih. Kesedihan hati wanita bila suaminya berkahwin dua, merelakan hatinya menerima si madu, memujuk wanita kedua itu berbaik semula dengan suaminya dan bagaimana akhirnya dia redha dalam kesedihan hingga ke akhir hayatnya... 

Sebenarnya, tak mudah untuk berlaku adil dalam menangani perasaan samada dalam keadaan terpaksa ataupun rela. 

Renungkanlah!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.