Header Ads

Diet Dengan Kobis Cara Selebriti Korea


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Diet Dengan Kobis Cara Selebriti Korea
Diet Dengan Kobis Cara Orang Korea Atau Selebriti Korea. Banyak juga info yang saya perolehi tentang diet dengan sayur kobis ni. Kalau tak silap saya, satu diet dengan kobis juga biasa diamalkan oleh model antarabangsa untuk dapatkan tubuh langsing dalam masa 7 hari. Aduhaii.. mampu ke kita nak makan kobis je? Matila nak...!! Apa nama diet tu ya? 

Baca.. [Menu Diet Turunkan Berat Dalam 7 Hari]


Anda boleh baca tentang Diet Crash dalam artikel di atas. Dalam menu diet tu ada tulis untuk kita makan kobis untuk turunkan berat badan dengan cepat dalam masa seminggu. Tapi bukan sekadar ambil kobis je, boleh juga ambil sup sayuran lain. 

Jenis-jenis kobis


Antara jenis-jenis kobis adalah kobis bulat, kobis Cina, bunga kobis dan banyak lagi.

Diet Dengan Kobis Cara Orang Korea

Diet Dengan Kobis Cara Orang Korea

Diet Dengan Kobis Cara Orang Korea

Diet Dengan Kobis Cara Orang Korea

Diet Dengan Kobis Cara Orang Korea


Contohnya, Yoo In Na dalam satu temubual dia mendedahkan bahawa tak susah untuk dapatkan kulit yang lembap dan glowing (bercahaya). 

Pertama, minum air secukupnya. Ya air yang cukup untuk tubuh amatlah diperlukan untuk dapat kulit yang lembap sentiasa. 

Kedua, amalkan makan banyak sayur. Contohnya kobis. Yoo In Na berkata, beliau lebihkan sayur dalam aktiviti dietnya dan amat sukakan kobis. Biasa orang Korea buat Kimichi dari kobis.. ingat tak? Haa.. itulah rahsianya.

Ketiga, kurang pengambilan nasi. Kalau nak juga, ambil beras perang. Itu bagus untuk diet anda, dapatkan diet yang ideal.

Tak tahu nak masak apa dengan kobis tu? Haaa.. boleh buat sup, campur dengan udang, rebus buat ulam, buat kimichi (jika suka tapi kurangkan bahan) dan banyak lagi boleh dipelbagaikan.

Jika nak tubuh ideal dengan kulit lembap dan glowing, anda boleh guna cara diet yang diamalkan oleh selebriti terkenal korea iaitu Yoo In Na. Sekarang ni dia tengah popular dengan drama Touch Your Heart bergandingan dengan Lee Dong Wook. 

Resepi sup kobis  



6 biji bawang besar ( dihiris )
3 ulas bawang putih
2 bihi lada hijau / capsicum / lada benggala / cili merah
1 atau 2 tin tomato (dipotong dadu)
1-2  biji tomato segar
3 biji lobak
1 tin cendawan ( anda boleh gunakan cendawan segar jika anda mahu )
1 -2 batang celery
setengah biji kubis
rempah ratus seperti : Oregano,Basil, Lada Hitam,
Sedikit garam
4 cawan sup ayam ( atau 4 cawan air  dan juga 1 kiub pati daging/ayam ) 

Cara memasak  


1. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun di atas api yang sederhana.

2. Tambah bawang besar dan bawang putih dan masak sehingga naik bau.


3. Tambahkan sayuran seperti lobak merah, lada/capsicum, celery dan tumiskan hingga agak masak.

4. Masukkan air dan kiub pati ayam/daging ataupun sup ayam.

5. Masukkan pati tomato,kubis dan tomato segar. Masa sehingga kobis lembut.Tambahkan rempah ratus dan garam jika perlu.


Selamat mencuba diet kobis style artis/ orang korea ya!

2 comments:

  1. Boleh cuba nanti diet kobis ni. Nasib baik makan sayur. Hehe ๐Ÿ˜Š

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.