Untuk peminat drama korea yang tak dapat saluran ASTRO ONE HD, kini anda dapat saksikan satu lagi drama menarik yang agak sedih di TV2 RTM. Waktu siaran sekitar jam 5:00 petang - 6:00 petang (Isnin-Rabu). Drama yang saya maksudkan adalah "A Thousand Day's Promise".
Para pelakon :
Kim Rae Woon
Soo Ae
Lee Sang Woo
Jung Yoo Mi
Sinopsis:
Lee Seo-yeon, menjalin hubungan rahsia dengan Park Ji-hyung, seorang arkitek yang sudah bertunang. Tetapi sebaik Seo-yeon tahu yang teman lelakinya hendak berkahwin dia memutuskan perhubungan mereka. Tanpa sempat bersedih, Seo-yeon dikejutkan pula dengan penyakit awal Alzheimer yang dikesan keatasnya. Bila Ji-hyung dapat tahu yang teman wanitanya sakit, dia serta merta memutuskan pertunangannya menjelang 2 hari tarikh perkahwinannya.
Walaupun mendapat tentangan daripada keluarga dan Seo-yeon sendiri, Ji-hyung tidak mengalah. Akhirnya mereka berkahwin dan ji-hyung menjaga Seo-yeon dengan sepenuh hati. Mereka akhirnya dikurniakan dengan seorang bayi perempuan dan membawa kebahagiaan kepada mereka walaupun mereka tahu bila-bila masa kisah tragik sebuah kematian pasti datang menghampiri.
>Antara yang sedang ditayangkan di siaran KBS ASTRO 391 adalah The Innocence man a.k.a Nice Guy<

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.