Doa Tetapkan Hati, Agar Tidak Berbolak Balik

Aynora
1
Doa Tetapkan Hati, Agar Tidak Berbolak Balik. Kita harus memohon doa agar Allah sentiasa menetapkan hati kita di jalan Allah, atas jalan agama yang Allah hantarkan melalui Nabi SAW. Dalam zaman sekarang, banyak dah contoh yang kita lihat bagaimana sifat hati manusia yang berbolak balik. Ramai dah sahabat saudara seislam kita yang tumbang separuh jalan dalam perjuangan mentaati agama Islam yang telah lama sebati dalam keturunan kita, dari nenek moyang dan orang yang terdahulu daripada kita. Nikmat lahir dalam Islam pun dah amat bersyukur, tetapi ramai je yang kecundang dek hawa nafsu. Maka, dengan berdoa memohon kekuatan hati, dapatlah hendaknya kita terus istiqamah di atas jalan agama islam sampai mata tertutup rapat!
 

Doa Tetapkan Hati, Agar Tidak Berbolak Balik


Daripada Anas bin Malik RA dia berkata; Rasulullah SAW memperbanyak mengucapkan:
 
"Ya Allah, teguhkan hatiku di atas agama-Mu". Lalu seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah engkau bimbang terhadap kami, sedang kami telah beriman kepadamu dan membenarkanmu terhadap apa yang kamu bawa." Baginda menjawab: "Sesungguhnya hati-hati manusia berada diantara dua jari daripada jari-jari Ar Rahman 'azza wajalla, Dia membolak-balikkannya." Dan Al A'masy mengisyaratkan dengan dua jarinya. (HR Ibnu Majah No: 3824)  Status: Hadis  Sahih

Doa Tetapkan Hati, Agar Tidak Berbolak Balik


 

Hikmah & Pengajaran Mohon Kekuatan Hati:

 
1. Setiap kita memiliki hati yang bila-bila masa boleh berubah (berbolak balik), maka ia perlu sentiasa dipelihara.

2. Hidayah dan istiqamah adalah kurniaan Allah, bukan semata-mata hasil kekuatan manusia.

3. Jangan merasa terlalu yakin dengan iman sendiri. Orang beriman tetap perlu memohon agar Allah memelihara imannya.

4. Lama berada dalam perjuangan bukan jaminan hati tidak akan berubah. Banyak ilmu bukan jaminan hati sentiasa ikhlas. Banyak amal bukan jaminan kita akan terus istiqamah.

5. Rasulullah SAW mengajar kita memohon pertolongan Allah agar diberikan hati yang tetap dan istiqamah. Antaranya dengan membanyakkan doa:

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø«َبِّتْ Ù‚َÙ„ْبِÙŠ عَÙ„َÙ‰ دِينِÙƒَ

"Ya Allah, teguhkan hatiku diatas agama-Mu"

Info menarik Juga >>>

6.    Jagalah faktor yang mempengaruhi hati seperti menjaga solat, tilawah al-Quran, membanyakkan zikir, menghadiri majlis ilmu, pergaulan, bahan bacaan, media yang ditonton dan suasana kehidupan.
 
7.    Banyakkanlah doa agar memiliki hati yang tetap dan istiqamah kerana jika hati itu baik, maka seluruh anggota badan yang lain akan ikut menjadi baik.

Hati manusia ni berbolak balik sifatnya. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Baru sekejap kata iya tetiba kata tidak pula.. maka takutlah jika hati kita begitu pula terhadap agama Islam yang kita anuti. Maka perbanyakkan berdoa memohon kekuatan hati tetap dalam Iman dalam Islam sampai akhir hayat kita.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top