Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 7 Kumpulan Sabon Terkeluar

As-salam,

Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke 7 malam tadi menggunakan 2 tema iaitu Dialek @ loghat dan Kembali ke sekolah. Setiap kumpulan mempunyai masa 3.5 minit untuk setiap persembahan. Setiap persembahan kumpulan yang terlibat malam tadi sekadar okey sahaja pada pandangan saya. Ini kerana saya harap ada yang boleh 'blowout' dan geletek kita untuk ketawa, tetapi semuanya sekadar hambar aje.

Kumpulan yang kelihatan menjadi sedikit malam tadi adalah Saywho, Jozan dan Jambu. Kumpulan Jambu boleh tahan kelakar tetapi dia orang macam tiru 'style' dan trademark yang sama setiap minggu. Korang perasan tak? Pada minggu sebelum ini menyanyi dalam berbagai bahasa, kemudian minggu ke 6 tiru aksi juri-juri bagi komen dan malam tadi baca puisi guna loghat negeri. Persembahan yang tiada isi...hrmm, tetapi peminat diaorang ramai.

Kumpulan Sabon akhirnya terkeluar sebab setiap minggu pun peminat MLM 2012 kurang mengundinya. Malam tadi pada minggu ke 7 adalah penamat perjuangan kumpulan sabon untuk meraih gelaran juara MLM 2012! Tak mengapa, mungkin rezeki diluar lebih terbuka luas, kan?


Minggu depan MLM 2012 akan beraksi di Terengganu sebagai menghargai peminat Maharaja Lawak Mega 2012 yang begitu sporting dan ramai. 

p/s: Mungkinkah kumpulan saywho boleh meraih tempat ke 2 dalam MLM 2012 nanti? Kita tunggu dan lihat...  

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

  1. Di terengganu nanti,pass masuk percuma ke?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.