Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Google lancar Chromebook Pixel

As-salam,

Ini berita teknologi tentang Google. 

SAN FRANCISCO: Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks.
Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi.
Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90).


Ulasan artikel:

Nampaknya penggemar produk Apple akan mendapat saingan daripada produk Google ini. Jika berkaitan dengan Google, dan jika ia lebih mudah diakses, tentu orang akan memilih Google Chromebook Pixel ini.
Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90). Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai sambungan dalam talian dengan teknologi hotspot tanpa wayar atau kabel.

Google berharap peminat akan mengelakkan perbandingan harga dengan pesaing seperti MacBooks atau komputer riba yang menggunakan perisian Windows 8 dan memfokuskan kepada ciri skrin sentuh Pixel dan penyimpanan data yang besar dalam Google Drive yang turut dimuatkan.

Walaupun harganya mahal dan berupa barangan mewah, Chromebook Pixel ini memiliki ciri-ciri wireless dan mudah disambungkan dengan internet di mana-mana.

Lepas ni, kita tengok persaingan antara 2 gergasi teknologi ini siapa yang akan menang, apakah Apple ataupun Google?

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close