Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kencing Manis Dan Rawatannya

Kencing Manis Dan Rawatannya | Merujuk wikipedia, penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan kepada para penghidapnya.

Terdapat 2 jenis kencing manis iaitu diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja dan diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan.



Cara Rawatan Kencing Manis

Pesakit biasanya dikehendaki mengawal pemakanan mereka dan doktor selalu menasihatkan para penghidap kencing manis agar menjaga cara pemakanan masing-masing mengikut sukatan yang disarankan.


Penjagaan makanan pesakit kencing manis:

Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes Mellitus:-

1) Makanan yang perlu dielakkan

Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi.Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, niskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol.

2) Makanan yang bebas dimakan

Semua jenis sayuran, kecuali semua jenis ubi. Contohnya: sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya.

Semua cecair dan minuman tanpa gula. Contohnya: Sup air, air kosong, the dan kopi ‘o’ tanpa gula, teh Cina, air limau, air barli tanpa gula.

Perasa dan Perencah. Contohnya: serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.

Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak dan kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa

3) Makanan yang perlu disukat.

  • Susu dan hasil tenusu
  • Bijirin dan hasil bijiran
  • Kacang dan kekacang
  • Buah-buahan


Pilihan makanan

Saiz hidangan

Saranan

1.Susu dan hasil tenusu


Susu segar / cair

Susu sejat

Susu penuh krim

Susu skim / rendah lemak




1 cawan (240ml)

½ cawan (120ml)

4 sudu makan penuh

4 sudu makan paras







2 kali sehari







2. Bijiran dan hasil bijirin




Roti putih / bijirin penuh



Nasi / mee / meehon / kuey teow



Capati/ roti canai/ tosai


Ubi





2 keping

1 cawan

1 keping

1 biji saiz telur







3-4 kali sehari



3. Kacang dan kekacang


Kacang hijau/ merah/ dhal/ kacang soya (mentah)




1/3 cawan



1-2 kali sehari

4.Buah-buahan

Epal/oren/limau/lai/ciku

Pisang (10cm)

Mangga

Jambu batu

Belimbing

Langsat/longan/anggur

Rambutan/laici

Betik/nenas/tembikai/tembikai susu

Durian/nangka/cempedak


1 biji sederhana

1 biji kecil

1 biji kecil

½ biji tanpa biji

1 biji sederhana

8-10 biji kecil

5 biji sederhana

1 potong nipis

3 ulas kecil









2 kali sehari









Walaupun rasa makanan dalam kumpulan ini masam, pedas, manis, tetapi semua akan ditukarkan kepada gula oleh badan kita.

Panduan Am

a) Anda boleh menikmati 3 hidangan utama ( sarapan pagi,makan tengahari, makan malam). Pastikan makan pada selang masa yang tetap.
b) Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
c) Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan kekacang dan biji-bijian.
d) Kurangakan pengunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
e) Kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad.


Tujuan panduan di atas:

1. Untuk mencapai dan mengekalkan paras gula dan lipid darah pada julat normal.
2. Untuk mengelak sebarang komplikasi penyakit.
3. Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
4. Untuk membekalkan keperluan pemakanan bagi memenuhi keperluan harian.

 
Namun, ingatlah. Usah mengeluh apabila ditimpa penyakit. Sakit itu nikmat sakit itu penghapus dosa (kafarah), sakit itu ujian, sakit itu bukti cinta Allah dan sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Read More ....


Post a Comment

10 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  2. banyak juga makanan yang perlu dijaga nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cik sukma, bagus juga untuk kita menjaga kesihatan ni

      Delete
  3. salam ukhuwah,
    info yang sangat bernmanfaat..tq

    ReplyDelete
  4. huhu, saya sebagai pelatih jururawat, sepanjang pengalaman saya, memang sedih bila lihat pesakit diabetes ni...malah arwah maklong saya juga adalah penghidap kencing manis dan tumit kakinya telah pun dipotong untuk mengelakkan ianya berjangkit ke sel-sel yang lain.
    sayang, sebab terlewat jumpa penawarnya.
    sebab utama diabetes @ kencing manis ini terjadi adalah kerana kurangnya penghasilan insulin oleh pankreas, organ badan kita.
    jika masalah ini dapat diselesaikan, PULIHKAN SEMULA PUNGSI PANKREAS YANG MENGHASILKAN INSULIN, pasti masalah diabetes boleh dirawat...insya-Allah.
    hendak tahu penerangannya lebih lanjut, sila ke laman ini :
    #blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close