Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Semak Keputusan MUET Sesi Mac 2013 Secara Online & SMS

Bagi sesiapa yang menduduki peperiksaan MUET pada bulan Mac yang lalu, debaran anda akan berakhir. Untuk makluman keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Mac 2013 yang melibatkan 40,378 calon akan dikeluarkan pada 6 Mei 2013 ini.


 

Cara Semak Keputusan MUET Sesi Mac 2013

1) Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari berkenaan manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

2) Calon-calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka secara SMS dengan menaip MUETRESULT dan hantar ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 6 Mei 2013.

3) Selain itu, mereka juga boleh bebuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, pada 6 Mei nanti.

Cara Buat Rayuan Keputusan MUET Sesi Mac 2013 

1) Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET juga boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70.

2) Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 14 Mei dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM.

INFO:
Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2013 secara dalam talian melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online.

Tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mei 2013.

Selamat menyemak keputusan masing-masing, usaha tangga kejayaan!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close