![]() |
| Satu set talapia goreng kunyit - RM55 |
Info Yang Anda Cari:
Lunch Dengan Ikan Patin Paes Dan Ikan Talapia Goreng Kunyit
Kami sampai di RAB sekitar pukul 1.50 petang. Alhamdulillah ada rezeki untuk kami bertiga duduk di meja yang agak luas. Ikan patin tempoyak di restoran ini adalah ikan patin yang di datangkan khas dari Temerloh. Senang citer, dari Sungai Pahang la.. kami order ikan patin pais, talapia merah goreng kunyit, nasi ayam gepok crispy, set ulaman, kuah tempoyak, sambal tempoyak, telur dadar. Order air ais limau asamboi, air tembikai dan bandung soda.
Jom layan gambar apa yang kami makan untuk lunch tadi...

Air limau asam boi & bandung soda

Set ikan talapia goreng kunyit
Semasa order ikan talapia, adik yang ambil order tu suruh pilih ikan. Saya cakap tak apa, ambil je mana-mana. Biasa kan kita tengok ikan talapia sebesar tapak tangan je. Sekali order sampai, ikan talapia tu sebesar 2 tapak tangan. Tetapi memang tak menyesal pun order, sebab rasanya lembut, manis dan dimakan bersama kicap dan sambal tempoyak menaikkan lagi keenakan ikan talapia itu. Seekor ikan talapia harganya RM55.00.

Set nasi ayam gepuk

Ikan patin pais @ paes
Ketika order saya minta ikan patin pais/ paes. Oleh kerana saya tak ambil pakej, semua makanan adalah ala-carte. Jadi, gulai tempoyak, ulaman dan nasi di tempah berasingan.
Paes ikan patin amat sedap, lembut isinya - ada rasa lemak manis dari kuah gulai tempoyak. Memang sedap! Lain kali kami nak repeat datang sini.. 👍👍✔️



Nasi ayam gepuk, patin pais, telur dadar dan ulaman


Gulai Tempoyak


Set Ulaman - Salad, tomato ceri, sambal tempoyak, petai, timun

Keseluruhan kos lunch kami tadi RM116. Boleh tahan murah jugak makanan kat sini. Dan, kesimpulannya.. semua makanan sedap!
Masa kami nak bergerak balik, ada sekumpulan penunggang motor besar baru sampai. Mungkin mereka macam kami jugak makan kat RAB kerana viral di TT.
Ok bye!!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.





0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.