Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea & Sinopsis Only Because It's You

Drama Korea & Sinopsis Only Because It's You | Drama Korea You're Still The One akan tamat episodenya pada 14 Jun 2013 ini. Drama yang diminati ramai ini akan digantikan pula dengan siri baru bartajuk, Only Because It's You bermula pada 17 Jun 2013.

Info Drama Korea Only Because Its You:



Tajuk lain: I Love You / You're My Favorite
Genre:  Romantik/ Drama/ Keluarga
Ditulis oleh: Lee Hye-sun
Diarahkan oleh: Shin Kyung-soo
Jumlah Episode: 117


Sinopsis & Drama Korea Only Because It's You

Tiga orang rakan dari sekolah menengah bertemu kembali di peringkat usia mencecah 30-an dan menyedari bahawa mereka memiliki jalan hidup yang berbeza. Persahabatan mereka menjadi renggang apabila Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) bercerai dengan suaminya dan berkawan pula dengan suami Kang Jin Joo yang merupakan kawan baiknya sejak di kolej dahulu.

Sinopsis setiap watak:


Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon) bekerja satu syarikat dengan isterinya, Kang Jin Joo (Yoon Hae Young). Disebabkan penstrukturan semula syarikat mereka, Myung Han kehilangan kerja. Kemudian, dia menjalin hubungan dengan bakas rakan sekolah isterinya, Yang Soo Bin (Yoon Ji Min), menyebabkan hubungan mereka suami isteri menjadi kucar kacir.



Seo Ji Hwan (Lee Jae Hwang) pula adalah seorang pewaris keluarga kaya raya daripada syarikat JH Distributing Company dan suami kepada Yang Soo Bin (Yoon Ji Min). Dia tertekan dengan perkahwinannya dan mencurigai tentang identiti anak lelakinya. Dia akhirnya jatuh cinta dengan Kang Jin Joo (Yoon Hae Young) selepas bercerai dengan isterinya, Soo Bin.

Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) berkahwin dengan perwaris syarikat JH Distributing Company, Seo Ji Hwan (Lee Jae Hwang). Bagaimanapun, dia tidak bahagia dalam perkahwinannya hingga akhirnya bercerai. Dia dengan sengaja berjumpa semula dengan cinta pertamanya, Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon), dan cuba menawan hatinya semula, walaupun lelaki itu telah berkahwin dengan rakan sekolahnya, Kang Jin Joo (Yoon Hae Young).

Dengan klik disini, anda bantu saya menang RM1,111. Mana tahu kita pun boleh menang!

Kang Jin Joo (Yoon Hae Young) bahagia berkahwin dengan Chun Myung Han (Park Hyuk Kwon) dan memiliki seorang anak perempuan. Sebagai seorang ibu yang berkerja, dia berusaha untuk mengimbangi kerjanya dengan keluarganya. Perkahwinannya mula bergolak apabila suaminya hilang pekerjaan dan terlibat dengan kawan sekolah tingginya dahulu, Yang Soo Bin (Yoon Ji Min).

Dalam mewarnai watak masing-masing, ketiga-tiga watak wanita utamanya memainkan peranan dengan amat berkesan dengan setiap watak berlagak tenang dan seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku dalam persahabatan mereka. Namun akhirnya apabila perkahwinan Soo Bin menemui kehancuran dan beliau menggoda suami kawan baiknya sendiri, masing-masing berusaha untuk menggagalkan rancangan Soo Bin itu.

Akhirnya mereka menyedari bahawa persahabatan antara mereka sudah tidak sama seperti dahulu lagi.

Secara keseluruhannya, ‘Only Because It’s You @ I Love You’ menceritakan nilai sebuah persahabatan, keceriaan dan suka duka sebuah kehidupan.

Dibintangi oleh Yoon Hae Young (Love and Ambition), Yoon Ji Min (Paradise Ranch), Lee Jae Hwang (Smile, Mommy!) & Park Hyuk Kwon (Midas).

Waktu Siaran:
ISNIN, 17 JUN 2013, 22:10 EPISODE 1
ISNIN, 17 JUN 2013, 22:55 EPISODE 2 

Siaran Ulangan:
SELASA, 18 JUN 2013, 09:45 EPISODE 1
SELASA, 18 JUN 2013, 10:30 EPISODE 2
SELASA, 18 JUN 2013, 16:50 EPISODE 1
SELASA, 18 JUN 2013, 17:35 EPISODE 2

Anda boleh menonton setiap episod di website terpilih seperti Dramastyle & Dramacrazy. Selamat menonton.

##Episode Akhir Only Because It's You - Final



너라서 좋아.E117.130215.HDTV.H264.450p-WITH by dm_5115841d56ec7,

Read More ....


Post a Comment

30 Comments

  1. HAI AWAK ;)
    baru semalam tgk drama ni
    konon lepas tgk citer You're still the one tu dah nekad x nak dah follow drama korea, sbb satu keje pun xleh buat duk ngadap tv je.huhu
    tap smlm tengok..cam best
    tgh fikir nak follow ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...kena pandai bagi2 masa ni Irfa..tapi drama ni pun best!

      Delete
  2. Salam kenal..
    Kenapa saya tidak bisa buka website dramastyle untuk cerita ini?
    Thx ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah yang tahu link untuk menonton drama ini??

      Delete
  3. Tengok je...astro pvr rekod kan ada...ulang2 beratus kali
    ..masa boleh set...

    ReplyDelete
  4. Bagi link drama dlm web...boleh tengok je la bahasa hanyut.....tak faham den

    ReplyDelete
  5. for last episode can see http://www.dailymotion.com/video/xxinw6_%EB%84%88%EB%9D%BC%EC%84%9C-%EC%A2%8B%EC%95%84-e117-130215-hdtv-h264-450p-with_people#.UdZG9ijNqTg

    ReplyDelete
  6. benci betul tgk soo bin talang 2 muka depan myung han berlakon baik belakang myung han jahat nk mampus.. dah la perampas suami orang then tak puas hati lagi hancurkan hidup jin joo. si myung han pla still percayakan soo bin yang konon baik nk mampus dia raja segala kejahtan.. kesian dkat jin joo dah la kehidupan dia dihancur oleh soo bin then dia akn kehilangan anak perempuan kesyangan dia lak.. bencinya kat myung han n soo bin nasib baik ko duk korea lau dkt cni dh lma kne nyepak ak ni.. eeeeeee....

    # drama korea ni memang lakonan yang menjadi dan cam real then sy btl2 dpt m'hayatinya berbndng drama malay

    ReplyDelete
  7. tidak dapat cari mentioned drama in any website pon? :'(((

    ReplyDelete
  8. Camner nk tgk drama nie law kt terlepas episode.. astro xleh buka kena panah petir.. sedey

    ReplyDelete
  9. Salam nk tanya lh mcmne ending cite nie? Apa aksn jd dgn jin joo sian kat dia asyik di timpa masalah dn dugaan je dari kecik.. dpt x pengerusi black cari jin joo anak kwn dia tu? Tlg la bg tau ye suke sgt tgk cite ni.. smpai naik drh tnggi..cite nie byk gak penagajaran nye..

    ReplyDelete
  10. baru start terjebak.... hahahaha... pitam berjaga sampai kul 12...

    ReplyDelete
  11. can u give me the link. i cant find it :/ hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,
      you can try to go to this link, right click to the link and straight you will redirect to them. tq

      http://www.dailymotion.com/video/xxinw6_%EB%84%88%EB%9D%BC%EC%84%9C-%EC%A2%8B%EC%95%84-e117-130215-hdtv-h264-450p-with_people#.UdZG9ijNqTg

      Delete
  12. korang taw x apa tajuk2 lagu dalam drama ni?

    ReplyDelete
  13. sapa tahu sapa pegang watak pakcik ji hwan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf mohamad, saya try cari tapi beum jumpa, jika ada maklumat akan inform awak, ok

      Delete
  14. sapa pegang watak pakcik ji hwan tu huhuhuhh need to know

    ReplyDelete
  15. Ada sesiapa blh bgitau tak apa nama lagu yg bila part sdih tu,ada mcm bunyi piano tu..lgu sdih tu pn ada dlm miss ahjumma..da sesiapa blh gitau?dh lama saya nk cari,tak jumpa2..

    ReplyDelete
  16. . mMG BEST GILAA lerr crita nIm .

    ReplyDelete
  17. mMg BEST GILAA crita nI, . I LOVE IT !! DAMNLY !!

    ReplyDelete
  18. cite ni x de subtitle ke??? mane nk tgk yg ade subtitle?

    ReplyDelete
  19. apa nama Jenny yer dalam cerita nie, nama sebenar die?

    ReplyDelete
  20. cerita da abis ke belum? da 2 weeks xtgk

    ReplyDelete
  21. cerita ni da abis ke belum? da 2 weeks xtgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita dah habis dear, sekarang ada cerita baru The Birth of A Family. Saya pun ada sediakan sinopsisnya..

      Delete
  22. nak tahu nama Jenny sebenar dalam cerita nie...

    ReplyDelete
  23. Sapa2 thu subtitle utk drama ni?

    ReplyDelete
  24. wahhh ramai betul peminat cerita ni. hih. mak saya mesti tengok tiap2 hari. tapi dah habis dah. ending dia macam mana ea? :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close