Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Tenggiri Masak Asam

Resepi Tenggiri Masak Asam - Hari ini hari minggu. Ada perkongsian resepi lagi buat para pembaca blog ini. Dan seperti biasa saya akan kongsikan resepi yang amat mudah dan semua orang boleh buat. Hihi...

Resepi Tenggiri Masak Asam






Bahan-Bahan:


  • 1/2 ekor ikan Tenggiri - digoreng
  • 4 biji bawang besar dipotong bulat
  • 2 biji bawang besar di hiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 inci halia di hiris
  • 1/2 cawan cuka
  • sedikit halba campuran
  • Sedikit timun di hiris memanjang
  • 3 tangkai cili merah - dibelah dua
  • 3 biji cili muda di belah dua


Cara memasak:

1. Tumis bahan yang dihiris
2. Setelah itu masukkan halia dan halba campur. Kemudian campurkan sedikit air dan kacau.
3. masukkan cili yang dibelah, bawang bulat yang telah dipotong, timun, garam dan gula sedikit diikuti ikan goreng.
4. sedia dihidang

Jangan risau, namanya memang tenggiri masak asam tetapi tiada asam jawa pun dalam resepi di atas. Selamat mencuba.


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments