Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

9 Petua Merawat Senggugut

9 Petua Merawat Senggugut - PMS (premenstrual syndrome - senggugut) merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita yang lain.

Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS seperti Perut kembung, Kejang perut, Payu dara bengkak atau sensitif, ketegangan atau bimbang (anxiety), Masalah tidur (insomnia), sakit sendi atau otot, pening kepala, Lesu, Jerawat dan perasaan tidak menentu (Mood swings).

9 Petua Merawat Senggugut 





1. Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

2. Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

3. Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

4. Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

5. Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

6. Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran anda. Untuk usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.

7. Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebanyak segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.

8. Buah petola yang biasa ditanam di kampung-kampung dikhabarkan juga baik untuk mengurangkan kesakitan sengugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola tersebut. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.

9. Bagi wanita yang sering mengalami senggugut, boleh amalkan petua ini. Rebus air asam jawa bersama gula merah sehingga mendidih. Apabila air telah suam, minum air tersebut. Jika diamalkan selalu, insyaAllah senggugut akan hilang.

Semoga dengan perkongsian 9 petua merawat senggugut di atas dapat memberikan kita alternatif bagi merawat penyakit senggugut yang sering menyerang wanita sebulan sekali.



Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. owh , petola kg leh kurangkan senggugut ... kat kg mmg ada ...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close