Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Drama Korea The Strange Housekeeper

Sinopsis Drama Korea The Strange Housekeeper - Drama korea ini bakal menggantikan siri Empire of Gold. Drama The Strange Housekeeper adalah adaptasi dari drama bersiri Jepun. Ia sebuah kisah tentang penjaga rumah yang bernama Park Bok Nyeo, yang diupah untuk bekerja dengan sebuah keluarga yang baru kehilangan seorang ibu. Keluarga tersebut adalah seorang ayah dengan 4 orang anaknya.

Tetapi Park Bol Nyeo seorang yang pelik. Beliau seorang penjaga yang tidak bergaul tetapi berjaya menyempurnakan kerja-kerja rumahnya. Dia juga tidak tersenyum, sangat perahsia dan tiada perasaan kesan daripada peristiwa silam yang menghantuinya. Tetapi, Bok Nyeo akan membantu keluarga tersebut menyapu dan merawat kesedihan mereka dan membangunkan semula hubungan kekeluargaan dalam keluarga tersebut.



Drama korea ini dibintangi oleh Choi Ji Woo as Park Bok Nyeo, Lee Sung Jae as Eun Sang Chul dan Wang Ji Hye as Yoon Song Hwa

Tajuk lain: The Suspicious Housekeeper
Genre: Kekeluargaan, misteri dan melodrama 
Episodes: 20
Broadcast network: SBS

Sinopsis Drama Korea The Strange Housekeeper


Eun Sang-Chul (Lee Sung-Jae) dan 4 orang anaknya menghadapi saat sukar selepas kematian isterinya secara tiba-tiba. Kemudian, seorang penjaga rumah yang mencurigakan telah muncul dalam kehidupan mereka. Kerana penjaga rumah tersebut, Eun Sang-Chul dan empat orang anaknya menghadapi pelbagai kejadian yang menyebabkan ahli keluarga yang pada mulanya saling benci membenci mula mengenali erti persaudaraan, kasih sayang dan bersatu semula.

Siapakah sebenarnya penjaga rumah yang pelik itu? Siapa yang menghantarnya ke rumah tersebut? Sama-samalah saksikan drama misteri The Strange Housekeeper ini di saluran Astro 393 ONE HD.

Selamat menonton...

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. macam best je cite ni..
    suka tengok citter triller and action..

    ReplyDelete
  2. Yeay, drama baru CJW. Tak sabar nak tunggu kat OneHD nanti.

    ReplyDelete
  3. x sabar nak tgk dah ... mmg di tggu2 tu ...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close