

Info menarik Juga >>>
Dinner Ikan Bakar Siakap Dengan Kalian Goreng
Ikan Bakar siakap ni sedap juga bila di bakar. Isinya yang lembut mudah nak makan, kurang duri dan saiz agak besar, so boleh berkongsi dengan lebih ramai orang. Tapi kena berhati-hati sewaktu membakar ikan, kerana kalau silap bakar, ikan boleh jadi pahit.


Ikan bakar Siakap ni kami padankan dengan baby kailan goreng biasa, telur bungkus dan sotong goreng tepung. Memang sedap semua masakan yang kami order. Rasa pedas sambal ikan bakar selepas diperahkan dengan limau kssturi amatlah sedap dan harum. Timbul rasa masam manis sikit pada ikan bakar tu. Memang tak bosanlah nak habiskan dia..


Di atas ikan siakap bakar, dia orang letak sayur bendi bersama daun bawang untuk menaikkan rasa ikan bakar tersebut. Habis sayur bendi tu saya habiskan sebagai ulam.
Overall, siakap bakar bersama kailan goreng adalah padanan lauk dan sayur yang membuka selera, makan habis satu pinggan dan licin semua lauk.
Dahlah sebelum tu anak bujang kami order sate campur 30 cucuk. Kena habiskan sate tu jugak perlahan-lahan supaya tak membazir.


Sedapnya ikan bakar tu.
ReplyDeleteSedap semua menunya tu...
ReplyDelete