Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Semakan, Pengeluaran & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i

Semakan, Pengeluaran & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i - Sebagai sambungan kepada artikel saya sebelum ini berkaitan dengan kemudahan perkhidmatan akaun simpanan SSPN-I, kali ini saya kongsikan info tentang cara semakan, pengeluaran dan penutupan akaun SSPN-I seperti di bawah.



20131102_093924-1 

Cara-cara Semak Akaun SSPN-i

  1. Hubungi hotline di 03-20804455
  2. Kaunter Maybank dan Bank Islam Malaysia  Berhad
  3. Sementara semakan baki akaun boleh dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: PTPTN SSPN-i<JARAK>NO AKAUN SSPN-i dan hantar ke 33199., CONTOH; PTPTN SSPN-i 016004100360652
  4. Penyata akaun SSPN-i melalui e-SSPN-i di laman sesawang PTPTN
  5. Penyata pelepasan taksiran cukai melalui e-cukai di laman sesawang PTPTN 

NOTA: Penyata akaun SSPN-i dihantar sekali setahun kepada pendeposit

Pengeluaran Simpanan 


Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa dengan perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM20.00 kecuali bagi penutupan akaun.

Penutupan Akaun SSPN-i 

Penamatan potongan gaji (jika berkaitan) perlu dibuat terlebih dahulu sebelum permohonan penutupan akaun SSPN-i dilakukan dengan melengkapkan Borang Kebenaran / Penamatan Potongan Gaji SSPN-i.  

Dokumen yang perlu disertakan:-

  • Borang pengeluaran/ Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan
  • Salinan Mykad / Kad Tentera / Kad Polis Pendeposit
  • Salinan kad SSPN -i
  • Salinan Sijil Kematian (sekiranya berlaku kematian kepada penerima manfaat - jika berkaitan

Semoga perkongsian maklumat di atas dapat membantu para pelajar dan ibu bapa Yang mencari maklumat tentang perkara tersebut. Namun begitu, untuk info yang lebih jelas, anda perlu hubungi pihak PTPTN agar tidak tersalah maklumat.

Read More ....


Post a Comment

31 Comments

  1. Saya Hassan 641019025567 pengeluaran wang anak masuk IPTA masa bulan puasa sampai sekarang tiada respon di PTPTN Alor Setar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah semak dengan pihak PTPTN Alor Star? Mungkin sudah dimasukkan terus ke dalam akaun anak tuan?

      Delete
  2. kenapa saya tak dapat penyata akaun sspn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyata sspn pendeposit dihantar setahun sekali sahaja..harap maklum

      Delete
  3. Boleh tak pendeposit buat pengeluaran di Maybank?

    ReplyDelete
  4. salam nak tanya, bagaimana nak dapatkan semula no akaun sspn saya, memandangkan kad sspn saya misplaced.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...saya ingin bertanya sedikit tentang maklumat pengeluaran nie...bapa saya membuka akaun sspn untuk saya sejak saya kecil dan sekarang saya sudah berumur 18thun...boleh x saya ingin membuat pengeluaran dari akaun SSPN TERSEBUT kerana saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta dan ipts...MINTA penjelasan...???

    ReplyDelete
  6. minta penjelasan tentang hal tersebut...please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Che Amal.
      Tidak boleh. Hanya pendeposit yg boleh membuat pengeluaran/penutupan akaun SSPN-i.

      Delete
  7. Sy nk tnya...sy ad buat pngeluarn..Bpa lma proses msa utk pngeluarn tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses pengeluaran makan masa sehingga 14 hari bekreja.

      Delete
    2. Sy dh wat lbh dri 14 hari wktu brkrja tapi msih blum dpat lg.. Mcam mner sy nk wt prtanyaan kt bhgian pngeluran??

      Delete
    3. Cuba pergi ke cawangan PTPTN berdekatan anda, dan tanyakan berkaitan akaun sspn-i anda. Semoga berjaya.

      Delete
  8. Cwngn PTPTN di Johor kt maner?? Boleh sy mntak no telefon cwngn PTPTN di johor??

    ReplyDelete
  9. Pejabat PTPTN Negeri Johor

    No. 17, Jalan Padi Emas 1/5.
    Uda Business Centre
    Bandar Baru Uda
    81200 Johor Bahru Johor
    No Tel : 07 - 237 1060
    No Faks : 07 - 238 1090

    Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor

    Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor
    L3-UTC-04
    Galeria @ Kotaraya
    Jalan Trus
    80000 Johor Bahru
    Johor

    No Tel : 07 - 224 1044
    No Faks : 07 - 224 1046


    Pejabat PTPTN Cawangan Kluang

    No. 14, Jalan Manan
    86000 Kluang
    Johor

    No Tel : 07 - 776 1913
    No Faks : -

    Read more: http://www.aynorablogs.com/2014/11/semakan-alamat-cawangan-pejabat-ptptn.html#ixzz3wS5mxR00

    ReplyDelete
  10. saya nak tanya pasal akaun sspn i ni tadi kononnya nak buat pembayaran balik PTPTN tu tapi bila buat semakan akaun sspn katanya maklumat tiada dalam record. macam mana ni padahal dlu sebelum buat pinjaman tu dah bukak dah akaun sspn emm -_-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa buka akaun guna nama anda atau nama orang tua? Kena semak semula..ada sesetengah student belum boleh buka SSPNi, jadi guna nama orang tua..

      Delete
  11. saya cuma nak tahu no akaun sspn saya.. mcm mana saya nak dapatkan?

    ReplyDelete
  12. proses penutupan akuan SSPN boleh dilakukan dimana-mana cawangan PTPTN atau hanya di KL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut pengalaman saya, akaun SSPNi hanya boleh ditutup di PTPTN tempat akaun itu dibuka, contohnya jika dibuka di Sg Petani, maka kena tutup di cawangan SG Petani jugak. Wallahua'lam..

      Delete
  13. Saya nak tanya, saya kehilangan kad sspn-i sebab sudah lama. Saya nak tutup akaun saya terus sebab saya sekarang sudah bekerja. Macam mana saya nak buat pengeluaran duit tersebut??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dulu ibu/bapa yang bukak, kini ibu/bapa juga yg tutup. Anda tidak boleh tutup akaun itu jika bukan anda yang uruskan pembukaan...

      Delete
  14. Saya nak buat penutupan akaun SSPN-i saya punya. Tetapi saya punya kad sspn-i sudah hilang. Sebab sekarang saya sudah bekerja.

    ReplyDelete
  15. macam mna nk dptkan borang pengeluaran tuk sspn i ney

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil di cawangan Bank yang ada agen dengan SSPN i , contoh BSN,

      Delete
  16. As salam..nk tanye pengeluaran sspn i boleh dikreditkan ke akaun bank ape je? Tabung haji @ maybank boleh?

    ReplyDelete
  17. As salam..nk tanye pengeluaran sspn i boleh dikreditkan ke akaun bank ape je? Tabung haji @ maybank boleh?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close