Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Jemput-Jemput Kelapa Ikan Bilis

Selamat pagi dan bercuti kepada yang tidak bekerja hari ini. Cuti pertengahan semester sudahpun habis, sekolah pun telah dibuka semula. Ada sesetengah negeri di Malaysia yang mula bersekolah esok...

So, stress cerita hal sekolah,? Apakata kita bincang hal resepi pulak..he he

Gambar yang saya pinjam dari Google


Ingatan zaman kanak-kanak dahulu membuatkan saya buat resepi mudah tetapi enak berikut, iaitu jemput-jemput kelapa ikan Bilis..

Resepi Jemput-Jemput Kelapa Ikan Bilis


Bahan-bahannya:

1/2 kg tepung gandum
1 biji kelapa parut muda
Ikan Bilis ikut suka
3 batang cili hijau - dihiris halus
1 biji Bawang besar - dihiris halus
Garam
Air

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan di atas dan diadun lembut dengan air yang telah dicampur dengan garam.
2. Biarkan adunan cair sedikit agar jemput-jemput kekal lembut walau pun setelah sejuk nanti.
3. Goreng di atas api yang sederhana dan angkat setelah warna keperangan.
4. Sedia untuk dihidang.

Selamat bersarapan. Mungkin ada sesetengah pembaca yang tidak pernah merasai pengalaman memakan jemput-jemput kelapa ikan bilis ini tetapi boleh mencubanya jika berkesempatan.

Rasanya enak, lemak dan semestinya rangup. Inilah antara makanan penuh kenangan antara kami sekeluarga ketika kecil-kecil dahulu.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.