Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Kata Motivasi Jaga Bicara Dan Sampaikan Kebaikan

Jaga Tutur Katamu - Tuturkata yang indah dan menyampaikan kata-kata kebaikan merupakan satu ibadah. Jika tidak bersedia menyampaikan kebaikan dan hati masih disaluti dendam kesumat, lebih baik diam. Kan pernah kita dengar kata bijak pandai yang menyebutkan bahawa lebih baik diam jika diam itu boleh menyelesaikan banyak masalah. Betul tak kawan-kawan?


 

Kata Motivasi Jaga Bicara Dan Sampaikan Kebaikan


"Jangan pernah melihat siapa yang berbicara, namun lihatlah tentang apa yang disampaikannya."

Benar Mutiara Kata motivasi di atas. Walaupun kamu mendapat nasihat daripada seorang yang miskin dan pengemis, jika apa yang dikatakannya merupakan sebuah kebenaran yang nyata, ikutlah! Kadangkala Allah datangkan rezeki kepada kita melalui orang-orang di sekeliling kita. Dan siapalah kita untuk membaca perancangan yang Allah aturkan jika ia dihadirkan melalui perbicaraan sebuah nasihat dari seorang yang miskin dan daif.

Jangan terlalu angkuh hingga kita memandang hina kepada orang yang memiliki perkataan yang baik tetapi tidak mendapat pendidikan yang tinggi seperti kita. Setiap orang memiliki kemahiran di dalam bidang masing-masing.

Hormatilah orang yang dihadirkan kepada kita hanya semata-mata untuk memberikan kesedaran dalam sesuatu perkara.

Bersangka baiklah! Itulah sebaik-baik sifat seorang hamba yang bertaqwa.

Wallahua'lam...

Sebarkan Bahagia:
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments