Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Fakta Unik Tentang Bersin Dan Adab-Adabnya

Bersin itu bagus. Ia menyegarkan kembali tubuh kita. Tetapi apa kesannya? Mengapa bersin itu bagus? Selain daripada keselesaan tubuh selepas bersin, apa lagi keunikan bersin. Jom kita baca fakta unik tentang bersin.



Sebelum itu, baca dulu pesanan Rasulullah seperti di bawah ini,

Terdapat hadits dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda;

Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Kerananya apabila salah seorang dari kalian bersin lalu dia memuji Allah, maka kewajipan atas setiap muslim yang mendengarnya untuk mentasymitnya(mengucapkan yarhamukallah). Adapun menguap, maka dia tidaklah datang kecuali dari syaitan. Kerananya hendaklah menahan menguap semampunya. Jika dia sampai mengucapkan ‘haaah’, maka syaitan akan menertawakannya.” (HR. Bukhari no. 6223 dan Muslim no. 2994)


Fakta unik tentang bersin


1. Bersin boleh menyegarkan tubuh. Sewaktu bersin otot-otot muka menjadi tegang. Jantung kita berhenti berdenyut seketika dan sebaik habis bersin jantung kembali normal. Unik kan? Subhanallah...

2. Ketika bersin semua benda asing yang ada dalam hidung akan terkeluar. Ini kerana bersin berkelajuan 100 mil/sejam dan benda asing dalam hidung ikut terkeluar dengan lajunya. Jika bersin yang kuat boleh meretakkan tulang juga.

3. Jangan menahan bersin. Kerana jika anda menahan bersin tubuh anda akan berasa sakit. Ini kerana tubuh sedang menahan tekanan kuat yang masuk kembali ke dalam rongga pernafasan kita. Tahukah anda bahawa tekanan tersebut boleh merosakkan gegendang telinga.

4. Mata akan terpejam ketika bersin. Ini kerana kerana ketika bersin tubuh menahan tekanan yang kuat. Tekanan paling kuat adalah pada mata kita. Tekanan tersebut membuatkan mata tidak selesa. Itulah sebabnya kita tidak mampu membuka mata ketika bersin.

5. Bersin mengeluarkan banyak bakteria dari dalam hidung kita. Sewaktu bersin tubuh mengeluarkan lebih 100,000 bakteria ke udara. Jika bersin itu ditahan, bakteria itu masuk kembali ke dalam rongga hidung dan boleh membahayakan tubuh.

6. Apabila mencabut kening boleh menyebabkan kita bersin. Tak percaya? Cubalah...

7. Kita tidak boleh bersin sewaktu sedang tidur.

8. Terjahan secara tiba- tiba dengan cahaya terang juga boleh menyebabkan bersin.

Apakah yang Rasulullah ajar ketika bersin?


Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

“Ababila salah seorang dari kalian bersin, hendaknya dia mengucapkan, “ALHAMDULILLAH” sedangkan saudaranya atau temannya hendaklah mengucapkan, “YARHAMUKALLAH (semoga Allah merahmatimu).

Jika saudaranya berkata ‘YARHAMUKALLAH’ maka hendaknya dia berkata, “YAHDIKUMULLAH WA YUSHLIH BAALAKUM (semoga Allah memberimu petunjuk dan memperbaiki hatimu).” (HR. Al-Bukhari no. 6224 dan Muslim no. 5033)

Dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiallahu anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Bila salah seorang dari kalian bersin lalu memuji Allah maka tasymitlah dia. Tapi bila dia tidak memuji Allah, maka jangan kamu tasymit dia.” (HR. Muslim no. 2992)
Tasymit adalah mengucapkan ‘YARHAMUKALLAH’.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata:

“Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersin, beliau menutup wajahnya dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suaranya.” (HR. Abu Daud no. 5029, At-Tirmizi no. 2745, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 4755)



Bila kita bersin sesekali rasa lega sangat, betul tak? Tetapi bila bersin-bersin terlalu kerap itu tandanya kita nak demam atau ada penyakit lain seperti resung. Jadi, pergilah jumpa doktor yang pakar tentangnya.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Subhanallah tuntunan Islam sedemikian dalamnya yah... Trims

    salam dari Pulau Dollar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah faktanya. Indahnya islam dan sederhana serta mudah pelaksanaannya. Salam dari malaysia.

      Delete
  2. Assalamualaikum.
    salam jumaat Aynora.

    baca yang 2 mula2 tu mmg dah amalkan cuma bacaan ke-3 baru nak hafal nih..hehe. terima kasih Aynora. :)

    bertukar lagi rupa blog aynora eh..yg ini ayie tgok lagi kemas, bersih dan cantik cuma bahagiaan footer kenapa panjang sgt ke bawah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ayie,

      Dah selesai Jumaat? Alhamdulillah...itu antara satu hak saudara muslim dengan saudara muslim yg lain.

      Iya lah..tukar template blog utk kebaikan.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close