6/recent/ticker-posts

Ad Code

Makan Nasi Ayam Dulang Di Kulai

Makan Nasi Ayam Dulang Di Kulai. Semasa cuti Maulidur Rasul kami sekeluarga pergi makan nasi ayam dalam dulang. Perjalanan dari rumah kami melalui highway utara-selatan memakan masa 25 minit je. Oleh kerana menu nasi ayam dulang dah lama viral, nak juga satu kali merasai sedap atau tak seperti yang diperkatakan dalam Google review yang kami baca. Takut paid review, kan?

Makan Nasi Ayam Dulang Di Kulai
Info Yang Anda Cari:

Makan Nasi Ayam Dulang Di Kulai


Nasi Ayam kali ini betul-betul ayam yang dipanggang. Ada banyak ayam yang digantung dalam kedai, dan ada pekerja yang tukang potong/ kerat ayam-ayam tersebut.

Sewaktu kami sampai hampir pukul 11.50 pagi, tapi sayur semua dah sold out. So, kami order set ayam dulang untuk 5 orang makan. Untuk set ini, ayam nya adalah seekor. Dalam hati kata, kalau tak habis kita tapaw je.. hihi

Makan Nasi Ayam Dulang Di Kulai

Makan Nasi Ayam Dulang Di Kulai

Tengoklah aymnya tu, very juicy. Lembut isi dia, mudah nak kunyah dan perapan meresap sampai ke dalam. Hmm.. macam ni seekor memang habis la. Anak-anak pulak suka nasi ayam. Nasi semua habis.

Nasi ayam Dapo Mak Kiah (sekarang Taaef Kitchen) memang viral taw korang. Asyik lalu lalang kat TikTok saya dari beberapa tahun lepas. Baru sekarang tahun 2026 dapat rezeki makan kat sini.😍😍

Makan Nasi Ayam Dulang Di Kulai

Gambar di atas pula adalah itik panggang. Anak bujang sulung yang nak makan. Tapi tak habis pulak, sebab saiz besar. 

Makan Nasi Ayam Dulang Di Kulai

Untuk semua set nasi ayam dulang yang saya cerita kat atas, harganya RM58.00. Murah kan? Ayam pun saiz agak besar.

Datang sini tak payah risau, tempat duduk banyak. Parking pun senang. 

Makan Nasi Ayam Dulang Di Kulai

Air pula kena order dengan bahagian lain, asing-asing dapur.. 😅

Bye - sedapnya nasi ayam dia masih terasa-terasa. Nak kena pergi lagi ke ni?

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code