Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Halia Yang Amat Bagus Untuk Kesihatan

Khasiat Halia Yang Amat Bagus Untuk Kesihatan - Bila disebut halia atau nama botaninya Zingiber officinale Roscoe, tentu teringat rasanya yang pedas dan pijar. Namun ada sesetengah orang yang menggunakannya sebagai ulam yang amat bermanfaat untuk kesihatan. Dari sumber wikipedia, antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.



Khasiat Halia Yang Amat Bagus Untuk Kesihatan 

Mengubati selesema dan asma

Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol

Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

Mengubat batuk

Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

Menghilangkan bau mulut

Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang.

Bagaimana menggunakan halia dalam masakan?

a) Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.
b) Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit.
c) Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.
d) Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut.

Untuk membuat teh halia cuba resipi mudah ini.

4 gelas air
2 inci halia segar
Hirisan lemon dan madu (sebagai penambah perisa)

Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.
Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa.

Mudah dan berkhasiat pulak tu...tambahkan bacaan dan ilmu tentang khasiat halia yang amat bagus untuk kesihatan. Jika suka, boleh kongsikan dan sama-sama sebarkan bahagia... 
Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum.

    ayie dulu suka ketuk halia lepas tu bubuh dlm bancuhan milo...haha

    kemudian suka minum air bergas perisa halia tapi skrg azam x mau minum klu bole air bergas dah sbb mudarat lebih byk drpd manfaat terutama kandungan gula yg terlalu berlebihan.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close