Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Resepi Chicken Chop Mudah

Saya dan keluarga suka makan chicken chop. Setiap minggu kami akan pergi merasai chicken chop di restoran yang berbeza-beza. Memandangkan saya lihat cara penyediaannya yang mudah, so saya search kat google tentang resepi chicken chop yang mudah. Hihi..

Akhirnya ada satu resepi yang ringkas dan nampak lazat dan saya kongsi di bawah ini untuk membantu anda yang seperti saya. Suka makan chicken chop dan cuba membuatnya sendiri..jom!

Resepi Chicken Chop Mudah

Resepi Chicken Chop Mudah 


Bahan-bahan untuk ayam:

  • Beberapa ketul paha ayam - (saya beli yang sudah sedia untuk chicken chop)
  • Tepung goreng kentucky - yang lain brand pun boleh
  • Telur
  • Minyak masak
  • Mayonis
  • Kobis
  • Ubi Kentang
  • Sos tiram (Boleh ditambah jika ingin
  • menambahkan kesedapannya)

  • Bahan-bahan untuk sos:
  • Halia
  • 2 biji bawang putih
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Lada hitam (tumbuk dahulu)
  • Tomato (dipotong-potong)
  • Sos tomato
  • Air 100ml
  • Sos lada hitam
  • Kicap

Cara-Cara Membuat Chicken Chop Yang Mudah


1) Hanya ambil daging sahaja di bahagian peha ayam. Perapkan semua daging ayam tersebut dengan sos tiram dan telur.

2) Setelah benar-benar sebati dengan ramuan tersebut celupkan ayam dengan tepung kentucky.

3) Kemudian gorengkan ayam tersebut dengan api yang tidak terlalu kuat.

4) Untuk hiasan ambil kobis dan cincang halus-halus dan gaulkan dengan mayonis.

Cara-Cara Membuat Sos Chicken Chop


1. Ambil bawang putih dan halia (tumbuk terlebih dahulu) dan tumiskan sehingga naik bau wanginya.

2. Kemudian masukkan pula air dan biarkan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan pula serbuk lada hitam, gula, garam dan perasa tambahan. Kemudian masukkan pula bawang besar dan tomato.

3. Akhir sekali bancuh tepung jagung dengan air masak dan campurkan dengan sos tersebut supaya pekat.

4. Chicken chop sedap dan amat mudah resepinya telah siap sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

2 Comments

  1. sedap dan senag boleh cuba
    http://dnibabyscute1.blogspot.my/
    http://mummyumardian.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. asalamuaalikum saya nisa duduk di sungai udang melaka. awak duduk di mana

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.