Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Berapa Nilai Hatimu?

Sekeping hati boleh berkata-kata dengan beribu makna tetapi tidak mampu diterjemah oleh orang lain. Namun satu ayat yang dilafaz boleh terus diteka maksudnya tanpa perlu menunggu lama. Cerita tentang hati? Apa salahnya, kan? Sesekali kita berbicara hati ke hati, tanpa suara. Umpama hubungan maya...yang tak pernah berjumpa, dan tidak pernah berbicara dengan suara.


Berapa Nilai Hatimu?


Namun sampainya hati manusiawi di sana sini. Tegarnya kamu wahai makhluk yang empunya hati. Kamu membunuh! Kamu memfitnah! Kamu menyakiti! Berapakah nilai kekejaman hatimu?? Kamu lapah belasnya nyawa yang berharga. Mengukur takdir pada jari yang berdosa. Mana iman yang telah ditiup sejak kau melihat dunia? Telah ada Dia yang Esa, kamu telah berikrar setia. Lupakah?

Tidak adakah sedetik di hati bahawa kamu mahu menyelamatkan? Bersabar memang sukar tetapi mana perginya nilai sabar itu?
Aku hanyalah seorang wanita yang mempunyai cita-cita mahu menjadi wanita solehah.
Bagaimana mampu menjadi seperti itu. Cita-cita semakin kelam menghuni di hati menjadi dendam. Tidak mampu melakar senyum meski dipujuk dengan manisnya janji-janji. Marah. Telah bernanah, menular menjadi kudis. Hati semakin tipis imannya. Aduhai...bagaimanakah cita-cita dan cinta bisa bersatu lagi.

Berapa Nilai Hatimu?

Hati dalah raja. Dan seluruh tubuh adalah pasukannya. Jika rajanya baik, maka baik pulalah pasukannya. - Ibnu Zayyim
Berapa Nilai Hatimu?

Bila Hati Telah Mati


Bila hati telah hitam. Hati telah mati. Ketika itu berapa pula nilai hatimu? Ohhh...Bekunya airmata kerana kerasnya hati, kerasnya hati dari banyaknya dosa, banyaknya dosa dari lupanya mati. Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia.

Banyaknya hati kita yang telah mati. Hatimu mati tatkala berbuat dosa tidak menyebabkan kamu rasa bersalah. Hati mati tatkala melihat dosa disekitarmu pun kamu menjadi biasa. Tiada rasa benci sedikit pun. Maka malahan dengan lantang kamu mempamerkan dosa-dosa itu? Mana pergi rasa malu itu? Mana janji-janjimu kepada sang PenciptaMu? Tidak ingatkah kamu telah berakujanji.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu, Tuhan sekalian alam."

Di kala itu penyesalan sudah tiada maknanya lagi. Bila hati milik Allah terus mati. Tiada jalan kembali.

Allahu rabbi. Ampuni hati kami, bersihkanlah hati kami dengan Nur iman yang tetap hingga mata dan hati ini tidak upaya berbicara lagi.

Aamiin ya rabbal a'lamiin..

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments