Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Peristiwa Kecil Yang Selalu Buatkan Diri Rasa Disayangi

Peristiwa Kecil Yang Selalu Buatkan Diri Rasa Disayangi. Disayangi oleh siapa? Tentulah oleh Allah SWT, DIA Tuhan yang satu, menciptakan kita dari sebaik-baik kejadian. Apakah peristiwa kecil yang Selalu saya tunggu-tunggu? Ia adalah DOA daripada orang yang tak kenal dengan kita. Luncur laju doa mereka tanpa kita pinta. Biasanya kejadian tersebut berlaku dalam keadaan yang kita tak jangka. Di tempat yang berbeza-beza. Bukankah itu petanda Allah sayangkan kita?

Peristiwa Kecil Yang Selalu Buatkan Diri Rasa Disayangi

Peristiwa Kecil Yang Selalu Buatkan Diri Rasa Disayangi

Antara peristiwa dimana orang tak dikenali mendoakan saya:

1. Mydin - buskers, saya sedang makan berseorangan sementara servis kereta siap. Seorang buskers datang ke meja sambil membawa tabung. Sebelum sempat saya mengambil duit, dia doakan saya dulu. Kuat pulak tu. 

2. Restoran mamak - mak cik jual keropok ikan, sambil menghulur keropok dia kata 1 bungkus RM8, ambil 2 RM15 je. Sebab tak de duit kecil, saya hulur duit dan cakap tak payah pulangkan. Terus mak cik tersebut angkat tangan dan berdoa. Jelas doanya satu persatu. Syahdunya rasa . 

Allah Maha Baik. Dalam keadaan kita tertanya-tanya ada ke orang doakan aku ya Allah.. rupanya ada orang baik di depan mataku! Sedang mendoakan aku, sedangkan dia orang asing bagiku!

3. Bus stop - jual tisu, pak cik ni pakai tongkat. 1 tisu RM2. Saya kata nak 5 tisu. Terus pak cik tu bagi dan katanya dari tadi tak de orang yang nak beli tisu dia. MasyaAllah, kesannya dia. Tetapi saya niat beli kerana pak cik itu berusaha. Itu yang buat kita respect. Terus dia doakan saya dengan En suami, lagilah sama-sama kami angkat tangan dan aminkan. 

Itulah antara kisah peristiwa kecil dari sekian banyak kisah yang telah saya tempuhi. Kebiasaannya bila dengan strangers, dia mendoakan kita tanpa syarat. Kenal pun tidak. Sambil dia membaca doa, sambil kita mengangkat tangan sekali. Saya selalu keraskan bunyi "aamiin.." kerana saya nak dia tahu bahawa saya serius mengharapkan doa-doanya.

Jika ada peluang, sedang makan dengan family saya mintak dia (strangers) doakan anak-anak sekali dengan perjalanan hidup yang baik dan diberkati di ke depannya nanti.

Peristiwa Kecil Yang Selalu Buatkan Diri Rasa Disayangi 


Saya memang tak malu mintak doa dengan orang, sebab kita tak tahu dari banyaknya doa orang-orang yang susah, yang kita tak kenal itu entah yang mana satu Allah makbulkan. Subhanallah.

Peristiwa Kecil Yang Selalu Buatkan Diri Rasa Disayangi

Doa orang yang tak dikenal untuk kita laksana jantung yang ada di dalam tubuh kita, ikhlas tulus hanya kerana ingin mengharapkan redha dari Allah semata, ia tidak ingin di ketahui keberadaanya, ia hanya ingin agar orang orang yang ia kenal mahupun tidak pernah ia jumpai dalam kehidupannya boleh merasakan kebahagiaan seperti kebahagiaan yang ia rasakan, Ia hanya ingin agar disetiap rangakaian doa kebaikan yang ia panjatakan kepada Allah mampu dirasakan oleh banyak orang. Sungguh mulia orang yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain, lisan dan hatinya selalu di basahi oleh asma Allah, disetiap desah nafas dan denyut jantungnya adalah zikir dan doa. Lantas bagaimana dengan diri kita,,, malu rasanya jika kita selama ini hanya berdoa untuk kebaikan diri kita sendiri, malu rasanya jika kita hanya berdoa untuk kebahagiaan diri kita sendiri, bukankan kebaikan dan kebahagiaan itu akan terasa nikmat jika kita boleh berbagi dengan orang lain.

Allah ta’ala berfirman:

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman.” (QS. Al-Hasyr: 10)

Sumber 

Semoga dengan sedikit perkongsian ini membawa kehidupan kita ke arah yang lebih baik, kaya, bahagia dan tenang samada di dunia ataupun akhirat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments