Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ciri-Ciri Personaliti Orang Lahir Bulan Julai

Cerita Rasa - Ciri-ciri personaliti orang lahir bulan Julai. Apa agaknya ciri-ciri positif yang ada pada orang yang lahir bulan ini? Banyak juga pandangan pendapat dan kajian yang dilakukan orang yang pakar berkaitan mereka yang dilahirkan dalam bulan Julai. Tapi yang pasti, ia tidak semestinya 100 persen benar melainkan sekadar untuk panduan dan bacaan umum.

Jika ada sesetengah sikap dan karekter yang dituliskan ada kena mengena dengan diri anda, anggaplah ia sekadar kebetulan.


Sekejap je dah masuk bulan Julai. Selamat hari lahir kepada baby born in July. Selamat hari tua kepada yang telah banyak kali menyambut hari lahir dalam bulan Julai. Anda semua memang awesome!! Semoga terus dipanjangkan usia dalam kebaikan selamanya.. 🌹❤❤💕

Ciri-Ciri Personaliti Orang Lahir Bulan Julai

Ciri-ciri Personaliti Orang Lahir Bulan Julai


Secara umumnya orang yang lahir bulan Julai memiliki personaliti seperti berikut:

  1. Sangat suka didamping. 
  2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. 
  3. Agak pendiam kecuali dirangsang. 
  4. Ada harga dan maruah diri. 
  5. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. 
  6. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 
  7. Sangat menjaga hati orang lain. 
  8. Sangat peramah. 
  9. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. 
  10. Berjiwa sentimental. 
  11. Jarang berdendam. 
  12. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. 
  13. Tidak suka benda remeh-temeh. 
  14. Membimbing cara fizikal dan mental. 
  15. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. 
  16. Layanan yang serupa terhadap semua orang. 
  17. Tinggi daya simpati. 
  18. Pemerhatian yang tajam. 
  19. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. 
  20. Mudah dan rajin belajar. 
  21. Suka muhasabah diri. 
  22. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. 
  23. Suka mendiamkan diri. 
  24. Suka duduk di rumah. 
  25. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. 
  26. Tidak agresif kecuali terpaksa. 
  27. Lemah dari segi kesihatan perut. 
  28. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. 
  29. Minta disayangi. 
  30. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. 
  31. Terlalu mengambil berat. 
  32. Rajin dalam membuat kerja 
So, Jom kita pilih randomly yang mana sikap yang positif dan yang mana satu sikap yang negatif bagi orang yang lahir dalam bulan Julai...

Ciri-Ciri Personaliti Orang Lahir Bulan Julai

Sikap Positif

  • Ada harga dan maruah diri - Orang lahir bulan julai memiliki harga diri yang agak tinggi. Berkemungkinan mereka tidak boleh dicabar sebarangan dan akan membuktikan kebolehan mereka dalam sesuatu perkara.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan - So, orang Julai tergolong dalam kalangan orang yang baik hati dan sempoi. Ya tak?
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 
  • Sangat menjaga hati orang lain - Dengan rakan-rakan dan orang tua, mereka amat hormat. Tidak suka menyakitkan hati orang lain.
  • Sangat peramah - Memang benar. Mengikut pemerhatian saya orang yang lahir bulan Julai memang peramah dan suka bercakap dan ketawa. 
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang. 
  • Tinggi daya simpati. 
  • Mudah dan rajin belajar. 
  • Suka muhasabah diri. 
  • Rajin dalam membuat kerja - Yes! Ini memang terbukti. Kakak dan adik saya yang lahir bulan Julai memang rajin buat kerja rumah dan rajin juga memasak...hihi 

Artikel Berkaitan:

Get this widget

Sikap Negatif

  • Minta disayangi - Adakah orang lahir bulan Julai kurang kasih sayang? Bukan begitu maksudnya, tetapi mungkin orang lahir bulan Julai suka bermanja dan demanding dalam sesuatu hubungan.   
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih - Bahaya kan sikap ini? Agak pendendam, jadi berhati-hatilah bila bercakap dengan orang lahir bulan Julai. Hati yang luka sukar untuk pulih berbanding orang yang lahir bulan Jun.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa - Opss! Orang lahir bulan Julai lemah lembut ke? Macam tak sama karakter dengan orang yang saya kenal pun.... 
  • Lemah dari segi kesihatan perut - Ya. Yang ini macam ada benarnya. Rakan sekerja saya selalu alahan di perut terhadap sesuatu makanan, contohnya yang pedas atau makanan yang sudah sejuk. 
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet - Yang ini bukan sikap tetapi pembawaan dan penjagaan diri masing-masing.  
  • Suka mendiamkan diri.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. 
  • Agak pendiam kecuali dirangsang. 
Akhir kata, anggaplah tulisan dan pandangan peribadi saya di atas tidak disalah tafsirkan. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan karekter orang-orang yang saya kenal dan tidak semestinya mewakili mana-mana individu secara khusus.

Selamat hari lahir Julai, anda semua hebat. Sebarkan bahagia kerana bahagia itu milik semua.  

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close