Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Jangan Sedih Jika Teraniaya

Menganiaya bukanlah perbuatan yang mulia. Janganlah sesuka hati kita menganiaya orang lain kerana orang-orang yang teraniaya amat makbul doanya!

Apakah maksud menganiaya? Maksud aniaya memang luas, namun secara amnya aniaya adalah perbuatan menyusahkan orang lain yang disengajakan, dengan niat dan tahu perbuatan tersebut bakal meninggalkan kesan tak baik kepada penanggungnya. Iaitu orang yang kena aniaya.

Mana ada perbuatan menganiaya meninggalkan kesan baik? Antara kesan-kesan kepada orang yang teraniaya adalah kehilangan sahabat, putus hubungan keluarga, kehilangan pekerjaan, menjadi pendendam dan banyak lagi. Sebab itulah Allah SWT ada mengatakan antara DOA yang termakbul adalah doa-doa daripada orang yang teraniaya.


Jangan Sedih Jika Teraniaya


Oleh itu, janganlah sedih jika teraniaya. Kita ada Allah tempat berlindung dan bergantung. Serahkan diri kita kepadaNya. Bila kita yakin dengan kewujudan Allah, kita tak perlu risau apapun. Kita harus semakin kuat. Tidak ada satu inci pun perbuatan baik atau jahat dikecualikan dari pertimbangan Allah.


Jangan Sedih Jika Teraniaya


Allah SWT berfirman,

"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat, maka tidak ada dari sesiapa akan teraniaya sedikitpun, Dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung. {Surah al-Anbiya' : 47}

Dengarlah wahai sahabat. Perbuatan jahat akan dibalas dengan seadil-adilnya. Apalah hak kita untuk mendoakan kezaliman kepada saudara seislam, seagama dengan kita. Kerana hak seorang Muslim dengan muslim yang lain adalah untuk saling mendoakan kebaikan di antara satu sama lain.

Walau sehebat mana kita dianiaya, berdoalah memohonkan kebaikan buat mereka. Aturan balasan baik atau jahat, hanya Allah yang melaksanakannya.

Belajar redha dengan segala ujian kerana Allah terlalu sayangkan kita hingga ujian kerap didatangkan kepada hambaNya yang mampu.

Bukankah kita begitu istimewa di mata Allah? Subhanallah...

Sebarkan Bahagia..kerana semua orang mampu memilikinya.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments