Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Resepi Kari Daging Ringkas Dan Sedap

Resepi kari daging yang ringkas memang selalu dicari oleh golongan muda yang baru belajar memasak. Ada ketikanya resepi yang ringkas lebih memikat hati berbanding dengan resepi yang agak complicated. Betul tak?

Resepi kari daging yang ringkas ini boleh dicuba oleh sesiapa sahaja asalkan ada sifat yang terpuji iaitu rajin...hihi

Sebenarnya saya tidak berapa gemar dengan masakan berasaskan daging. Tak tahu lah sebabnya...tapi pandai lah sikit-sikit memasak resepi yang ringkas.


Resepi Kari Daging Ringkas Dan Sedap
Resepi kari daging - gambar ehsan google

Jom sama-sama belajar masak kari daging ringkas dan sedap olahan saya sendiri.


Resepi Kari Daging Ringkas Dan Sedap


Bahan-bahan:

1 kilo daging - dipotong kecil dan nipis
2 bungkus kecil rempah kari - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 biji kentang - dibelah empat
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
Sedikit air asam jawa
1 kotak santan @ 2 cawan santan daripada 1 biji kelapa parut
1 tangkai daun kari untuk hiasan

Cara menyediakannya:

1. Rebus daging hingga empuk. Kalau nak cepat empuk boleh guna press cooker. Masa diperlukan adalah 1/2 jam. Jika rebus guna periuk biasa anggaran masa merebus adalah 45 minit hingga  1 jam.

[Baca artikel berkaitan : Petua merebus daging supaya cepat empuk]

2. Dengan menggunakan kuali, tumis semua bahan yang dikisar iaitu rempah kari, bawang besar, bawang putih, dan halia bersama-sama bunga lawang dan kayu manis hingga naik baunya atau hingga terbit minyak. Masukkan 2 cawan air rebusan daging tadi. Jangan lupa masukkan juga air asam jawa.

3. Kemudian masukkan kentang yang dibelah empat. Masukkan juga daging yang telah direbus tadi. Biarkan kentang empuk seketika.

4.  Masukkan santan. Kecilkan api. Biarkan mendidih. (Anda boleh tambah air jika suka kari daging yang agak cair.)

5. Perasakan dengan garam, serbuk perasa (jika suka) dan sedikit gula.

6. Kari daging ringkas siap untuk dihidang dengan nasi putih atau dimakan dengan roti jala. Hihi...

Nota:

1. Saya kisar semua bahan seperti halia, bawang besar dan bawang putih dengan serbuk kari agar rasa kari lebih sebati dan rasanya lebih 'lembut' di lidah. Jangan lupa masukkan sedikit air ketika mengisar ya...hihi


Resepi Kari Daging Ringkas Dan Sedap
Kari daging tanpa daun kari - ehsan google

2. Air asam jawa boleh menghilangkan bau hanyir daging.

3. Daun kari boleh dimasukkan untuk menaikkan seri dan bau harum hidangan kari daging anda.

Selamat mencuba.

Sebarkan resepi daging ringkas dan sedap supaya orang lain pun boleh mencubanya..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments