Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pulau Sibu Tempat Percutian Yang Menarik Di Johor

Pulau Sibu Tempat Percutian Yang Menarik Di Johor - Bulan Disember adalah tempoh cuti sekolah paling panjang dalam kalendar Malaysia. Pada waktu cuti sebegini ramai yang memilih untuk bercuti bersama keluarga sambil merehatkan minda. Ada juga yang menggunakan hujung tahun sebagai waktu menghabiskan cuti tahun yang masih berbaki. Hihi...

Sebagai alternatif kepada anda di luar sana, saya kongsikan info percutian di Pulau Sibu yang menarik dan unik untuk di kunjungi sempena cuti sekolah.

Kami sekeluarga memang jarang bercuti di pulau. Nak dikata Pulau Sibu ni jauh, tak jugak. My Hero pun selalu pergi memancing di pulau Sibu. Mungkin kali ini kami akan mengunjungi Pulau Sibu pula, siapa tahu, kan?


Pulau Sibu Tempat Percutian Yang Menarik Di Johor


Oh, tidak semestinya cuti sekolah je...hujung minggu pun boleh lari sekejap dengan kesibukan kota dan kerjaya untuk berehat bersama yang tersayang.


Pulau Sibu Tempat Percutian Yang Menarik Di Johor


Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.


Pulau Sibu Tempat Percutian Yang Menarik Di Johor



Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.

Anda boleh menaiki bot ke Pulau Sibu dari jeti Tanjung Leman, selatan Mersing. Dari bandar Mersing, melalui lebuhraya di sepanjang jalan Mersing-Kota Tinggi (Lebuhraya 3/Highway 3) kira-kira 44km dan belok kiri. Sepanjang jalan anda akan melalui ladang kelapa sawit, serta jalan yang sempit dan berliku sebelum sampai ke destinasi. 

Pulau Sibu Tempat Percutian Yang Menarik Di Johor


Jika anda dari Johor Bahru, pandu menghala ke bandar Kota Tinggi. Dari bandar Kota Tinggi, perjalanan ke utara menggunakan jalan raya Kota Tinggi-Mersing (Lebuhraya 3) lebih kurang 48km dan belok kanan ke persimpangan yang sama dinyatakan di atas. Pulau Sibu mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan dengan menggunakan bot dari Tanjung Leman.


Pulau Sibu Tempat Percutian Yang Menarik Di Johor


Kemudahan Percutian Yang Di Sediakan Di Pulau Sibu 

Terdapat kemudahan untuk menyelam skuba, snorkeling, luncur angin, belayar dan memancing. Pelawat boleh mengembara melalui hutan menuju ke hutan paya bakau atau melawat kelong, atau jeti, di mana ikan bilis ditangkap. Sebagai alternatif, anda boleh berjalan di kampung berdekatan untuk melihat sendiri bagaimana buah kelapa di salai untuk membuat kelapa kering.


Pulau Sibu Tempat Percutian Yang Menarik Di Johor


Percutian di pulau yang unik semestinya memerlukan kos yang agak tinggi namun memberikan kepuasan yang maksimum. Selain daripada menghilangkan stress, ia mungkin tempat kita mencari ilham untuk meningkatkan kerjaya kita ke satu tahap yang lebih baik.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close