Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dan Berdoalah Dalam Semua Keadaan

Berdoa Dan Berdoalah Dalam Semua Keadaan - Biarlah penat orang membaca bila saya selalu menulis tentang doa, berdoa dan jangan berhenti berharap. Harapan dan niat saya adalah semoga kata-kata semangat yang saya titipkan bakal memberikan inspirasi kepada sesiapa yang berkenaan.

Saya ada terbaca kisah seorang CEO di luar negara yang memperuntukkan senarai panjang untuk masa berdoanya. Nak tahu bila dia baca doa-doanya itu? CEO tersebut membacakan doanya ketika selepas mesyuarat dengan kakitangannya. Dia akan membacakan doa-doa tersebut dan memperincikan apa yang dihajatinya daripada TUHAN.

Berdoa Dan Berdoalah Dalam Semua Keadaan


Berdoa Dan Berdoalah Dalam Semua Keadaan


Bila saya kata berdoalah...dalam semua keadaan, ia bererti...

Berdoalah...ketika senang
Berdoalah...ketika susah
Berdoalah...ketika rasa takut
Berdoalah...ketika kamu susah tidur
Berdoalah...ketika hilang harapan
Berdoalah...ketika bimbang
Berdoalah...ketika dalam kepayahan
Berdoalah dan percaya kepada Allah.

Insyaa Allah jiwa berasa tenang, hati berasa lapang dan fikiran menjadi luas bila selepas berdoa. Kerana apa? Kerana, kita percayakan Allah dengan segala keluh kesah dan rahsia kerunsingan kita. Segalanya telah kita serahkan kepada Allah. Dan, Allah akan mengatur perancangan terbaik buat kita.

Saya tidak akan berhenti menulis tentang terapi doa kerana kuasa doa amatlah besar. Doa adalah harapan positif setiap insan terhadap kehidupannya sendiri dan orang-orang yang dikasihi. Doa adalah satu motivasi untuk hidup lebih yakin dan menanam keteguhan bahawa hanya kepada ALlAH tempat berserah.

Semoga doa saya sentiasa ada untuk semuanya, yang saya sayangi...
#sebarkan bahagia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close