Dalam artikel kali ini saya nak berkongsi sedikit tips buat ibubapa iaitu cara Rasulullah mendidik anaknya yang berada di dalam alam remaja dan awal dewasa. Iaitu anggaran umur mereka pada 15 hingga 21 tahun. Pada fikiran saya, peringkat umur beginilah anak-anak sukar dikawal, suka memberontak dan mudah terpengaruh.
Cara Rasulullah Mendidik Anak Berumur 15 Hingga 21 Tahun
Mengikut tahap ke 3 (rujuk gambar bawah) cara Rasulullah (sunnah) mendidik anak. Pada ketika anak-anak berumur 15 hingga 21 tahun, anak-anak suka memberontak. Pada peringkat ini ibubapa hendaklah bertukar-tukar pendapat dan terima pendapat anak dengan hati terbuka. Biasakan berbincang hati ke hati dengan anak-anak pada peringkat ini. Apa yang penting, kawal selia tingkah anak-anak agar ia masih berada di atas landasan syariat yang betul.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
Oleh sebab itu, di dalam Al-Quran pula Allah kisahkan nasihat Luqman al Hakim kepada anaknya. Salah satunya berbunyi,
ÙŠَا بُÙ†َÙŠَّ Ù„َا تُØ´ْرِÙƒْ بِاللَّÙ‡ِ Ø¥ِÙ†َّ الشِّرْÙƒَ Ù„َظُÙ„ْÙ…ٌ عَظِيمٌ
ÙŠَا بُÙ†َÙŠَّ Ù„َا تُØ´ْرِÙƒْ بِاللَّÙ‡ِ Ø¥ِÙ†َّ الشِّرْÙƒَ Ù„َظُÙ„ْÙ…ٌ عَظِيمٌ
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.(Luqman: 13)
Semoga artikel di atas dapat memberikan mafaat kepada ibu bapa di luar sana yang sedang menghadapi dilema membesarkan anak remaja yang berumur antara 15 hingga 21 tahun.
#sebarkan bahagia.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.