Adakala komen yang diutarakan oleh Sharnaaz dan johan agar kasar, dan ada pula komen yang membina. Walau apapun, saya tidak pasti tujuan Astro letakkan JONAZ sebagai Chief Lawak. ADakah peranan mereka setakat buat komen kat Twitter? Adakah ia boleh mempengaruhi markah setiap peserta setiap minggu?
![]() |
| MLM2016- XOLA tersingkir minggu ke 4 |
Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 4
Dalam MLM minggu ke 4 yang membawa tema kebersihan, kebanyakan peserta kurang menyerlah dan ada satu ketika stadium sunyi sepi macam dekat library!! Haha...jangan mare..(itulah yang saya rasa sebagai penonton di rumah). Pada Minggu ke 4 Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) menyaksikan kumpulan XOLA tersingkir. Xola dianggotai oleh Wan Wala bersama dengan One dan Chot (xoxo). Selain Xola, kumpulan Puteh dan Cham turut berada dalam kedudukan bottom three.
Cuma ada beberapa group yang agak menyakinkan dan menghiburkan. Antara yang menghiburkan adalah BOCEY, di mana Abam di pilih sebagai Man of the Match.
Oh ya, MLM2016 minggu ke 5 nanti jangan lupa tonton ya. Kali ini membawa tema peribahasa pula. Mesti best jika mereka dapat mempersembahkan lawak yang santai dan dekat dengan isu-isu semasa masa kini.

Baiklah. Selamat menonton MLM 2016 di saluran Astro HD 134.
Semoga terhibur dan senang-senangkan diri anda. jangan stress...


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.