Panas baran bukan sahaja menyerang orang lelaki tetapi juga boleh didapati pada orang perempuan. Ingat tu ya, sahabat-sahabatku. Marilah sama-sama kita mengubah hidup kita ke arah hidup yang lebih baik.
Cara-Cara Hilangkan Panas Baran
Baiklah, tentu kita semua pun tak mahu sifat panas baras melekat pada tubuh selama-lamanya, kan? Berikut adalah cara untuk menghilangkan panas baran yang saya kongsi daripada FB PakarDiariHati.
1. Setiap kali selepas solat fardhu, letakkan tangan di dada sebelah kiri
2. Istighfar dengan menyebut,
Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya
Semoga dengan doa, usaha dan tawakkal kita kepada Allah SWT, akan diberikan jalan untuk kita mengatasi masalah panas baran tersebut.
![]() |
| Sumber: FB Pakar Diari Hati |
Salah satu tanda seseorang itu matang ialah apabila beliau dapat menahan kemarahannya. Insyaa Allah...Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak bersa gembira dengan dirinya sendiri. Sebagai pendamping atau rakan baik , kita boleh menegur sifat panas baran seseorang dengan cara yang berhikmah. Bak kata Prof Dr Muhaya, sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegurlah secara bijaksana.
Wallahua'lam...
#sebarkan bahagia


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.