Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Resepi Pecal Jawa

Pecal adalah sejenis menu tradisi masyarakat jawa yang berupa sayuran yang dimakan dengan kuah kacang. Mengikut resepi atuk saya, kuah pecal yang sedap haruslah pedas dan manis. Barulah kaw katanya...

Bagi anda yang tak berapa kenal dengan pecal, anda boleh lihat gambarnya di bawah.


Resepi Pecal Jawa


Bahan-bahan untuk kuah:

500 gram kacang tanah
2 ulas bawang Putih
3 ulas bawang merah
5 biji cili api (boleh lebihkan jika suka pedas)
10 tangkai cili kering
1 inci belacan
Ubi cekur (tidak perlu digoreng)
Gula, garam dan asam jawa secukup rasa

***Kesemuanya digoreng berasingan dan dikisar.

Bahan sayuran untuk dicelur:

1 cekak pucuk ubi
2 biji jantung pisang
100 gram tauge
1 bjji nangka muda

Untuk disagat:

1/2 biji betik separuh masak
Dan dicelur
1 biji timun
1/2 biji sengkuang

Cara menyediakan pecal jawa


1. Bancuh bahan untuk kuah pecal dengan air panas dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

2. Letakkan bahan yang telah disagat dan dicelur tadi di dalam satu bekas.

3. Semasa hendak makan, pilih bahan yang hendak dimakan dan selepas itu siram dengan kuah pecal.


Selamat mencuba resepi pecal jawa makanan tradisi daripada masyarakat jawa. Cara menyediakan pecal jawa mudah sahaja iaitu hanya buat kuah yang lazat, insyaa Allah sedaplah pecal jawa anda.Jika suka pedas, anda boleh tambahkan cili padi ikut citarasa masing-masing. Macam kami sekeluarga kalau buat pecal, mesti lebihkan cili padinya.

#resepi sedap untuk keluarga tersayang

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments