Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Semua Berakhir PadaMu

Semua berakhir padaMu. Ya Allah, biar seluas lautan harta makhluk bergelar manusia, walau sehebat manusia itu di mercu dunia, satu hari nanti dia pasti akan kembali kepadaMu. Semuanya berakhir pada satu tujuan hidup yang pasti iaitu MATI.

Tujuan sebenar hidup adalah untuk mencari bekalan untuk di bawa pulang. Pulang ke mana? Tentulah PULANG ke negeri abadi iaitu akhirat. Usah menongkat langit dengan hidup yang tak pasti, jangan berani mencabar kuasanya Illahi kerana dengan 'kun fayakun' jadilah sesuatu itu mengikut kehendakNya.

Tidak takutkah kamu? Tidak gentarkah aku? Bila nanti tiada apa-apa untuk dipersembahkan kepada Allahu Rabbi...


Semua Berakhir PadaMu


Semua Berakhir PadaMu 


DaripadaMu kami datang
UntukMu kami hidup
KepadaMu kami kembali...

Semuanya pasti berakhir padaMu. Tujuan kami dihidupkan hanyalah untuk beribadat kepadaMu ya Allah. Dunia ini adalah sekadar ladang untuk kami kembali kepadaMu. Namun, adakah kami kembali dengan tangan kosong ataupun mendapat bekalan yang cukup untuk hidup yang kekal di akhirat nanti? 

Satu ketika kamu diuji. Nilai kemanusiaan semakin hilang. Kasih sayang dijual beli. Kebahagiaan kamu dirampas sama sekali. Adakah kamu bangkit melawan, meraih hak kamu dan berbalah kerana manusia? Adakah kamu jatuh terduduk, hilang asa semangat hidup?

Dalam keadaan begitu, ingatlah janji Allah.

Bila datang ujian dan musibah, Allah hanya mahu kamu sabar dan solat. Yang selebihnya Allah akan uruskan. Tetapi hati manusia manakah yang kuat begitu? Lalu Allah ajarkan kita bersolat lagi. Solatlah, mohonlah dengan Allah untuk mengajarkan kamu kekuatan hati. Mintalah Allah untuk memberikan kamu kesabaran tahap tertinggi!

Akhirnya, ya kamu akui. Berhentilah berbalah demi makhluk bergelar manusia. Satu hari kita hanya ada satu pilihan yang sama iaitu semua berakhir pada Allah. Semua berakhir padaMu.

Jadi ketika itu, manusia bukan lah lagi tujuan utama untuk kamu hidup. Hanya Allah tempat kembali yang kekal.

Insyaa Allah.

#sebarkan bahagia


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments