Jika kamu menerima sahabat yang ikhlas, lihatlah tindakannya. Adakah dia menikam dari belakang atau sanggup membetulkan kesilapanmu secara terang-terangan. Nilailah sahabatmu dengan mata hati bilamana kamu rasa selamat bila bersamanya. Dengan sahabat yang ikhlas kamu merasa aib dan rahsia celamu terselamat. Dengan seorang sahabat yang ikhlas kamu berasa tenang. Begitulah adanya...

Siapakah Sahabatmu Yang Ikhlas?
Sahabat yang ikhlas adalah mereka yang membantu kamu untuk jadi lebih baik dengan cara mendampingi kamu. Tetapi bukanlah seseorang yang mendekati kamu untuk dia menjadi yang terbaik. Maksudnya, dia berkawan dengan kamu untuk membina kejayaannya sendiri. Dia merapatimu hanya untuk mendapatkan sesuatu pengaruh. Dan, dia jadikan kamu sebagai batu loncatan. Jadi, berhati-hatilah jika kamu didekati oleh sahabat seperti itu.
Sahabatmu yang ikhlas adalah mereka yang sentiasa bersama-sama kamu ketika kamu susah dan senang.
Sahabat yang ikhlas adalah mereka yang tidak pernah meninggalkanmu walau yang lain pergi menjauh, lebih-lebih lagi jika kamu dalam keadaan sukar.
Pernah baca catatan berikut?
Seperti apakah ikhlas itu? Ikhlas itu adalah seperti surah al Ikhlas, yang tidak ada kata ikhlas di dalamnya. Selagi ikhlas masih diucap-ucapkan, itu bermakna belum ikhlas. Hanya orang yang ikhlas berbuat sesuatu tanpa pernah menyebut keikhlasannya.Semoga saya menjadi seorang sahabat yang ikhlas kepada anda semua dan saya juga berharap untuk menerima persahabatan yang ikhlas dari rakan-rakan pembaca semua.
#salam persahabatan

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.