Perbelanjaan Menghantar Anak Belajar Ke Luar Negara, Berapa Kosnya?

Aynora
0
Perbelanjaan Menghantar Anak Belajar Ke Luar Negara, Berapa Kosnya? Perkongsian di bawah ini adalah sebagai satu panduan dan rujukan kepada ibubapa yang mahu menghantar anak-anak mereka belajar ke luar negara atas pelbagai faktor seperti pertukaran matawang, kursus pengajian yang terhad di dalam negara, untuk memberikan pengalaman berdikari di negara orang dan banyak lagi. Tahukah korang bahawa ada sesetengah kursus pengajian di luar negara yang jauh lebih murah berbanding di dalam negara sendiri. Yang itu kita kena banyak teroka la ya..

Contohnya, anggaran kos untuk medical degree di dalam negara bagi universiti swasta untuk tempoh 5 tahun adalah sekitar 450K sehingga 950K. Jadi, jika anak anda memang nak jadi doktor jugak, ada negara luar yang menawarkan kos agak berpatutan seperti Russia, Indonesia, Mesir dan lain-lain lagi. Anak bongsu saya memang berkeras nak ke luar negara, maka saya pilihkan Egypt sama seperti tempat abangnya dahulu. Anggaran yuran untuk ijazah perubatannya selama 5 tahun adalah sekitar RM200,000. Itu tidak termasuk kos persediaan seperti yang saya tuliskan di bawah. Dengan bantuan pinjaman pendidikan MAINJ, kami masih mampu menanggung sebahagian kos yuran yang tidak  ditaja, kerana yuran medical degree di Egypt yang agak berpatutan.. 

Perbelanjaan Menghantar Anak Belajar Ke Luar Negara, Berapa Kosnya?
Info menarik Juga >>>

Perbelanjaan Menghantar Anak Belajar Ke Luar Negara, Berapa Kosnya?


Sebelum ini, saya ada buat entri bagi setiap urusan persediaan kelengkapan anak untuk sambung belajar ke luar negara. Antaranya:


Persiapan sebelum ke luar negara memakan banyak masa dan juga kos. Kita kena senaraikan, pilih yang perlu, dan melihat pula faktor kewangan sendiri. Kita membeli dan membuat persiapan bukan kerana menghabiskan duit tetapi itulah kelengkapan yang perlu ada untuk di bawa dan disediakan sebelum berlepas ke luar negara.

1. Kelengkapan Diri/ Makanan 


Bil.

Kelengkapan/Persediaan

Jumlah

Kos (RM)

Catatan

 

1.

Baju kuliah/Seluar (tambahan)

5 + 4

243.00

 

2.

Beg hand carry/ luggage

1 + 2

515.00

 

3.

Baju Sejuk/International Adapter

1 + 3

489.00

Sepasang cukup kerana musim sejuk agak pendek

4.

Kasut sukan/sports wear (tambahan)

2

565.20

 

5.

Baju harian/seluar dalam/seluar jean/slack (tambahan)

3 + 13 + 3 + 3

539.65

 

6.

Supplement - minda, vit C, multivitamin

6 + 2 + 1

514.31

Memang digalakkan untuk student ambil especially medic student

7.

Tuala/stokin/sarung bantal/cadar

 

245.00

 

8.

Makanan/iron/pinggan/mangkuk/

Sudu/garpu/perencah segera/pes masakan/ dll

 

408.25

 

9.

Tukar USD250

 

1,027.15

In case, ada urusan di KPT Egypt adalah dalam matawang USD

 

JUMLAH

 

4,546.56

 


Nota : Kelengkapan dan makanan di atas adalah barang yang kami tambah kepada item yang sedia ada. Mana pakaian atau makanan kering yang ada di rumah, kami bawakan je. 

2. Yuran & Pelbagai Kos Pendidikan di Malaysia & Egypt


Bil.

Jenis Bayaran

Jumlah Bayaran (RM)

Catatan

1.

Deposit

1,000-00

Mula bayar jika telah confirm nak guna khidmat consultant

2.

Dokumentasi di Malaysia (terjemahan sijil2, pembelian tiket, dll)

9,000-00

 

3.

Visa Pelajar/Urusan Pelajar di luar negara/ Yuran Kelas Cemerlang dll

13,500-00

 

4.

Bayaran Kementerian Pengajian Tinggi Egypt

10,360-00

 

5.

Kos khidmat dokumentasi di Egypt & Universiti

10,000-00

 

6.

Yuran Rumah Sewa

5,000-00

Sampai di Egypt, siap rumah dengan 4 ahli rumah

7.

Yuran semester pertama

20,000-00

Kena bayar dulu sebelum kelas bermula

 

JUMLAH

 68,860-00             

 


Nota: Jika pelajar tak jadi meneruskan belajar ke luar negara ketika dalam proses urusan dokumentasi dan pendaftaran pelajar di KPT Egypt, ada sesetengah bayaran tidak akan dikembalikan. Jadi, pastikan anak-anak telah betul-betul berminat. 

Keseluruhan kos yang jelas adalah RM73,406-56. Ada sesetengahnya yang tiada resit, beli tetapi tiada rekod/terbuang rekod itu tidak termasuk lah.. duit saku pula kami masukkan RM1,000 ke dalam akaun Maybanknya. 

Semasa abangnya pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun 2019, saya pun ada membuat sedikit lakaran/ panduan  untuk persediaan ke luar negara. 


Semoga perkongsian di atas dan kos perbelanjaan menghantar anak ke luar negara melalui saluran konsultan pendidikan dapat memberikan gambaran kepada anda semua mengenai kos nya yang agak mahal. Tetapi seperti saya kata di atas, biasanya mereka yang tidak mendapat tempat di universiti awam kerana berebut kuota, bagi ijazah perubatan, pergigian dan farmasi, bolehlah mempertimbangkan pilihan di atas.

Nota:
Coretan di atas adalah sebagai panduan untuk menghantar anak belajar ke luar negara, iaitu ke negara yang terpilih. Kos kendalian konsultan pendidikan adalah berbeza-beza mengikut polisi syarikat masing-masing.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top