Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sotong Goreng Sambal Ala Thai

Resepi Sotong Goreng Sambal Ala Thai. Resepi mudah berasaskan sotong yang saya baru belajar ini adalah hasil daripada resepi korek korek dari tukang masak kat sebuah restoran thai terkenal. Sotong masak sambalnya amat lah sedap dan berbau harum. Sebab apa? Sebab dia ada letak daun limau purut tu...

Ada sesetengah chef restoran letak kacang panjang dan lobak merah sebagai hiasan. Itu ikut kesukaan masing-masing.

 

Resepi Sotong Goreng Sambal Ala Thai 


Resepi sotong ala thai memang mudah, semua orang boleh buat. Cuma kadang, rasanya jadi lain-lain sebab cara kita mencampur bahan memang berbeza. Tapi, tak lari rasanya dengan sotong goreng ala thai yang kita makan kat restoran. Jomlah cuba.

Bahan-bahan:

1 kilo sotong saiz sederhana - dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 3 inci lebar.
2 - 3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar pes tom yam
1 sudu besar sos sotong
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
Beberapa biji cili padi - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong gegelang
Daun bawang untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa.
3 sudu besar minyak untuk menumis.

Cara-cara menyediakan sotong sambal ala Thai:


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.

2. Selepas itu masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram. Tuangkan 1/2 cawan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Setelah cukup rasa, masukkan sotong, cili padi, dan daun limau purut. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga kuah mendidih dan sotong masak.


 


4. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong gegelang tadi. Kalau ada daun bawang bolehlah dimasukkan juga.

Semoga perkongsian diatas dapat memmberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana.

Selamat mencuba. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close