Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kira Jumlah Kalori Dalam Sarapan Anda

Kira Kadar Jumlah Kalori Dalam Sarapan Anda. Selamat pagi. Dah sarapan semua sahabat syurga saya? Apa yang anda ambik sebagai sarapan pagi ni? Sarapan berat atau ringan? Ambil sarapan secara berpada ya. Kadang kita tak perasan terambil sarapan yang amat tinggi kalori, nanti dua jam je dah lemah mengantuk nak buat kerja. Betul tak?

Selain kira kalori sarapan yang diambil, kita boleh juga amalkan displin senaman ringkas di rumah sebelum pergi kerja. Aktiviti menyapu lantai, mengemop secara ringkas setiap pagi juga satu amalan sihat yang ramai orang tak perasan. Kita buat secara sikit-sikit tetapi tak tinggal terus. Badan sihat otak cergas. Nak pergi kerja pun bersemangat. Hehe 😍😍

Kira Kadar Kalori Dalam Sarapan Anda


Berdasarkan gambar di bawah, anda boleh agak berapa kalori dalam sarapan yang diambil. Jom kita kira kalori dalam sarapan kita.

Kira jumlah sarapan yang anda ambil

Jumlah kalori dalam sarapan yang anda ambil:

1. Nasi goreng - 600 kal
2. Teh tarik - 140 kal
3. Nasi lemak - 600 kal
4. Sebiji karipap - 500 kal
5. Semangkuk mee kari - 660 kal
6. Sekeping roti canai - 359 kal

So, mana satu yang anda ambil tadi? Roti canai? Nasi lemak? Atau segelas teh tarik?? Hehe.. so, dah boleh kira jumlah kalori yang anda telah ambil ketika sarapan. Semakin tinggi kalori semakin banyak jumlah senaman yang kena buat. Kalau anda macam saya yang liat nak bersenam, maka kita boleh makan berpada-pada dan mula kira kalori sarapan kita.

Tetapi jika anda adalah pekerja dalam sektor perladangan, pembinaan.. atau kerja di bawah matahari terik, jumlah kalori yang diambil mudah dinyahkan kerana aktiviti pekerjaan anda yang aktif.

Namun jika bekerja dalam pejabat berhawa dingin, cukuplah sekadar ambil sarapan yang ringan. Okay👌👌

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close