Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jika Seseorang Menjatuhkanmu...

Jika seseorang menjatuhkanmu, tidak mengapa! Bila seseorang menyakitimu, biarlah. Mudah saja, Allah kan ada...

Biarpun kita tidak membalas kerana tidak berdaya oleh kekangan situasi dan individu tertentu, usah gusar. Serahkan segalanya kepada Allah. Biarlah Allah yang membalas setiap perbuatan tertentu mengikut kekuasaan Allah yang tiada tandingan. Yakinlah! Kuasa Allah meliputi langit dan bumi. Bersyukurlah jika anda jadi insan teraniaya. Doa orang yang teraniaya amat dimakbulkan Allah.

Jika Seseorang Menjatuhkanmu...


If someone is strong enough to bring you down, show them you are strong enough to get up!

Jika Seseorang Menjatuhkanmu..

Bila sudah tersungkur kerana mereka menidakkan kebolehan anda disebabkan perkara remeh temeh, usah berkecil hati. Jangan berputus asa. Hadapi tekanan dan tohmahan dengan kekuatan. Kekuatan yagn sebenarnya sudah lama ada tersembunyi dalam diri kamu.

Dari mana kekuatan itu?

Dari mana lagi, daripada Allah SWT yang menjadi sumber kekuatan kita dari lahir. Daripada dalam perut ibu kita lagi sebenarnya kita telah berjanji untuk kuat. Kita telah diajarkan untuk beratus kali jatuh dan bangun semula untuk pandai bertatih, berjalan dan seterusnya berlari.

Jatuh dan bangun semula menunjukkan anda insan yang berilmu. Hidup bukan selamanya kena terperuk oleh kekalahan, hidup tidak selamanya gelap gelita. Akan ada satu masa dan saat yang tepat, Allah hadirkan cahaya dalam perjalananmu.

Ayuh! Bangkitlah! Tunjukkan kamu kuat untuk melalui sekali lagi kejayaan yang manis. Buktikan kamu kuat setelah dijatuhkan berkali-kali. Biarkan orang yang menjatuhkanmu menangis pula kerana cemburukan kamu yang baru, kamu yang mencapai kecemerlangan hidup.

Untuk apa bangkit semula? Kerana kita makhluk Allah yang berakal dan percaya pada qalam-qalamnya yang indah yang menyeru kita agar sentiasa berusaha tanpa putus asa!

#al Quran panduan hidup dan sumber kekuatan insan!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close