Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Blog Dah Capai 17 Juta Pageviews

Blog Dah Capai 17 Juta Pageviews. Sekarang ni saya sedang bercuti sempena raya haji yang jatuh dalam beberapa hari lagi. Dalam waktu pagi begini saya santai sikit sambil tengok blog. Apa khabarnya pageviews blog ye? Mari kita sama-sama tengok. Mana tahu dah cecah 20 juta PV. Haha...

Alhamdulillah.

Pageviews blog dah meningkat 1 juta lagi berbanding pertengahan bulan Ogos yang lalu. Dengan trafik mencatat 40k sehari, saya sudah agak angka PV dari sumber blogger.com ni pasti dapat capai dekat 1 juta sebulan.

Ini semua berkat minat, usaha dan doa yang tak putus saya kepada Allah agar apa yang saya minati ini direstui. Doakan saya terus berjaya, kaya & tenang ya...


Blog Dah Capai 17 Juta Pageviews


Inilah print screen dari henpon saya, pageviews setakat artikel ini ditulis adalah sebanyak 17,012,977. Jumlah follower pula memang sedikit je, iaitu seramai 983 sahaja.


Anda juga boleh lihat sumber trafik ke blog adalah daripada Google.com.

Ini bermakna tanpa group FB, tanpa kelab peminat yang besar...blog ini telah dibaca oleh ramai orang melalui carian Google. Dari analisa ini menunjukkan aynorablogs memiliki blog yang mesra SEO.

Sesekali kita juga kena buat kajian atau survey siapakah pembaca blog kita? Contohnya blog Inspirasi Wanita milik saya ini sememangnya dibaca oleh golongan wanita 35 tahun hingga 45 tahun yang suka cari resepi dan petua serta tips-tips keluarga. Maka tagline yang saya pilih telah membuahkan hasilnya. Insyaa Allah.

Tulislah sesuatu yang memberi manfaat kepada ramai orang bukan setakat untuk mengaut untung semata-mata. Ajaklah orang lain kepada kebaikan.

Itu saja yang kita mampu buat dalam bidang penulisan agar nanti apa yang kita tulis itu membawa kevahagiaan kepada kita di akhirat.

Selamat membaca. Teruskan membaca blog Inspirasi Wanita...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close