Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Semakan Daftar Pemilih PRU14 Secara Online & SMS

Sudahkah anda membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui samada anda yang telah berumur 21 tahun ke atas telah berdaftar dan layak mengundi? Jika anda belum berbuat demikian, sila mendaftar sekarang dan rebutlah peluang sekali dalam tempoh lima tahun untuk menentukan hala tuju pemimpin dan negara pada masa depan.

Undi adalah hak anda. Suara anda sebagai rakyat yang merdeka. Jangan tunggu untuk mengundi kerana mungkin tanpa undi dan suara anda, kita kehilangan sesuatu yang kita pertahankan selama ini. Fikirkanlah!!!

Semakan Daftar Pemilih PRU14 Secara Online & SMS 


Ada banyak tempat dan cara yang boleh dilakukan untuk membuat semakan daftar pemilih PRU14 nanti. Anda mesti melakukannya sekarang kerana jika tidak, anda mungkin menjadi seorang yang tidak layak mengundi dan nama anda mungkin keciciran sewaktu proses mendaftar dilakukan. Buat semakan sekarang!! 

Anda boleh buat cara-cara berikut untuk semak daftar pemilih:

a) Semakan melalui laman web


1. Pergi ke laman web SPR : http://www.spr.gov.my/ atau
http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx

Kemudian, di bahagian PERKHIDMATAN ATAS TALIAN, sila click SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.

 

2. Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan clik SEMAK., atau terus ke pautan : http://pengundi.spr.gov.my/


Anda akan dapat maklumat berikut bila telah memasukkan no K/P anda. Anda juga boleh tekan 'PRINT' untuk menyimpan maklumat tersebut. 


b) Semakan melalui SMS 



c) Semakan melalui talian telefon


Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri

(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
     - Tiada aktiviti ketika ini

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission

(f) Senarai Penolong Pendaftar

* Dikemaskini pada : April 2016 

Rujukan:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close