Doa Keluar Rumah Yang Diajarkan Rasulullah

Aynora
0
Doa Kelur Rumah Yang Diajarkan Rasulullah. Kita berkongsi kan lagi doa-doa yang boleh diamalkan untuk memudahkan urusan harian dan supaya setiap pergerakan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Ada banyak doa yang boleh di baca apabila keluar rumah, doa khusus supaya kita dihindari dari malapetaka, bencana dan juga doa supaya dihindari dari kezaliman atau kesesatan.

Doa Keluar Rumah Yang Diajarkan Rasulullah

Doa Keluar Rumah


Marilah kita amalkan doa di bawah ini iaitu antara doa ketika keluar rumah yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah:

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ø£َÙ†ْ Ø£َضِÙ„َّ Ø£َÙˆْ Ø£َزِÙ„َّ Ø£َÙˆْ Ø£َظْÙ„ِÙ…َ Ø£َÙˆْ Ø£ُظْÙ„َÙ…َ Ø£َÙˆْ Ø£َجْÙ‡َÙ„َ Ø£َÙˆْ ÙŠُجْÙ‡َÙ„َ عَÙ„َÙŠَّ 

 

Bacaan doa dalam rumi:


Alhumma inni a'uzubika an athilla, au azilla
Au azlima au uzlama au ajhala
Au yujhala 'alaiyya


Daripada Ummu Salamah RA bahawa apabila Nabi SAW keluar dari rumahnya, baginda berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada tersesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, menzalimi atau di zalimi, dan  bertindak bodoh mahupun di bodohkan." - (HR Ibnu Majah No: 3874) Status: Hadis Sahih.
 

Mengapa kita perlu berdoa sebelum keluar rumah? 

 
1.     Disunatkan membaca doa ketika keluar rumah dan menyerahkan diri kepada perlindungan Allah.
 
2.     Dalam kehidupan hari ini, seseorang boleh terpengaruh dengan maklumat palsu, pemikiran yang salah, hawa nafsu, tekanan kelompok atau pengaruh media.
 
3.     Seorang Mukmin perlu memohon perlindungan daripada kesesatan pemikiran dan tindakan.
 
4.     Kita perlu berhati-hati daripada kesalahan dan keterlanjuran, sama ada berpunca daripada diri sendiri atau pengaruh orang lain.
 
5.     Takutlah menzalimi sebagaimana kita takut dizalimi.
 
6.     Jangan hanya meminta Allah melindungi kita daripada manusia yang buruk; mintalah juga agar Allah tidak membiarkan kita menjadi manusia yang buruk kepada orang lain.
Info menarik Juga >>>
Semoga kita dapat mengamalkan doa ini ketika keluar rumah.
 
Semoga doa yang dikongsikan memberikan manfaat kepada lebih ramai orang. Bagus juga sebagai amalan rutin sebelum keluar rumah. Memang ada banyak doa-doa yang sesuai, dan doa keluar rumah diatas adalah salah satunya yang sesuai.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top