Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

SSPN-i Plus Pelan Simpanan Terbaik

SSPN-i Plus Pelan Simpanan Terbaik | Jika anda dan anak-anak anda sedang mencari tabungan terbaik untuk masa depan, saya cadangkan anda bukalah akaun SSPN-i Plus dengan PTPTN. SSPN-i Plus banyak kelebihannya, termasuklah ada skim perlindungan insurans dan khairat kematian sekali. Kiranya, ia produk simpanan yang patuh syariah dan amat digalakkan untuk ibu bapa membuka nya untuk anak-anak mereka.

Selain dapat duit yang disimpan, anak-anak anda juga boleh mendapat bantuan pinjaman PTPTN jika simpanan telah mencapai satu tahap tertentu. Jadi, demi jangkamasa panjang, anda digalakkan membuat simpanan dengan SSPN-i Plus.


SSPN-i Plus Pelan Simpanan Terbaik 


SSPN-i Plus adalah produk simpanan yang menggabungkan keistimewaan SSPN-i dengan kelebihan perlindungan takaful yang komprehensif. Terdapat enam (6) pakej yang ditawarkan dengan amaun komitmen serendah RM30 sehingga RM500 sebulan dengan manfaat perlindungan sehingga RM1 juta.

SSPN-i Plus adalah pelan simpanan terbaik kerana ciri-cirinya:

1- Patuh Syariah
2- Pelepasan Taksiran Cukai sehingga RM12,000
3- Komitmen serendah RM30 sebulan
4- Dividen yang kompetitif
5- Tiada pemeriksaan kesihatan
6- Manfaat takaful bagi kematian/ Ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1 juta
7- Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak
8- Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
9- Elaun kemasukan hospital
10- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
11- Layak memohon pembiayaan PTPTN
12- Simpanan dijamin kerajaan

Bila dah habis fikir dan faham dengan kelebihan SSPN-i Plus, bolehlah daftar atau buka akaun terus pada pautan di bawah ini.


Proses pembukaan SSPN-i Plus


Proses pembukaan akaun SSPN-i Plus melalui sistem SSPN-i Plus Online melibatkan 4 langkah mudah. Ringkasan keseluruhan proses pembukaan akaun seperti di bawah:


Pembayaran menggunakan Perbankan Internet (online banking) boleh dilakukan di Bank-bank berikut, seperti AmBank, CIMB Bank, Maybank, Alliance Bank, Bank Rakyat, dan banyak lagi.

Di bawah ini adalah lukisan grafik dan gambarajah serta jadual deposit tahunan, tempoh simpanan, simpanan terkumpul dan manfaat perlindungan mengikut pakej-pakej yang ditunjukkan di bawah. 
SSPN-i Plus Pelan Simpanan Terbaik

SSPN-i Plus Pakej Intan & Delima

Pakej Intan & Delima

SSPN-i Plus Pakej Topas & Zamrud

Pakej Topas & Zamrud

SSPN-i Plus Pakej Nilam & Berlian

Pakej Nilam & Berlian

Perbandingan produk SSPN-i Plus dengan produk kewangan yang lain 

Bagi ibu bapa yang kurang jelas dengan maklumat di atas, anda boleh layari https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003293 (link ini akan terus redirect ke website SSPN-i Plus.)

Selamat menabung. Pilih pelan simpanan terbaik anda dengan berhati-hati dan bijak.  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close